Siakap Keli

Vivo V11i Warna Fairy Pink Sesuai Untuk Anda Yang “Jambu”, Mula Dijual 1 November Ini

Siri V11 dari Vivo sudah sedia ditawarkan untuk pasaran tempatan sejak September yang lalu. Terdapat dua model dalam siri ini iaitu Vivo V11 dan sebuah lagi Vivo V11i.

Ketika diawal pengumuman, ia ditawarkan pada dua pilihan warna iaitu Starry Night dan Nebula Fusion. Kedua-duanya tampak membawakan reka bentuk hampir serupa tetapi terdapat sedikit perbezaan pada komponen dalaman dan sistem imbasan cap jari.

Kini, satu lagi kelainan akan ditonjolkan pada model V11i iaitu warna pilihan Fairy Pink. Pengenalan warna baru ini juga adalah bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payu Dara Sedunia, Pink October.

Vivo V11i hadir dengan skrin paparan 6.3 inci dengan takuk kecil yang menempatkan lensa kamera selfie 25MP. Komponen dalamnya dipacu dengan cip pemproses MediaTek Helio P60 ditemani RAM sebesar 4GB bersama-sama storan 128GB.

Panel belakang pula dipersenjatakan dengan dwi kamera 16MP dan 5MP dan sensor pengimbas cap jari berbentuk seakan-akan petak.

Peranti ini akan dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3315mAh dengan pengecasan pantas 9V2A.

Bagi menyerikan lagi model edisi terhad ini, Vivo menampilkan bungkusan istimewa dan  rantai leher Swarowski bernilai RM399.

Berminat untuk mendapatkan warna Fairy Pink ini? Ia akan mula dijual dengan harga RM1299 pada 1 November ini dikedai konsep Vivo seluruh negara.

Pembelian secara dalam talian juga boleh dibuat menerusi Vivo e-Store, dan platform beli-belah lain seperti, Lazada, Shopee, dan 11Street. Penawaran oleh pengedar sah Vivo Malaysia pula diadakan pada 3 November 2018.

salor30

Programmer. Musician. #YOLO