Siakap Keli
Gambar : FB Vishnu Viswanath

Cubaan Selfie Ekstrem Berakhir Tragedi, Pasangan Kekasih Maut Jatuh Cerun Setinggi 245 Meter

Pengembaraan sepasang kekasih mengelilingi dunia akhirnya bertukar menjadi tragedi sedih apabila  kedua-dua mereka maut setelah jatuh dari tebing ketika cuba berswafoto di Taman Negara Yosemite.

Mayat pasangan dari India, Vishnu Viswanath, 29, dan Meenakshi Moorthy, 30, ditemui anggota renjer hutan di salah satu destinasi pelancongan popular Amerika Syarikat (AS) itu pada Khamis lalu.

Difahamkan, pasangan itu terjatuh dari ketinggian 245 meter di bawah Taft Point, di mana pelawat dibenarkan berjalan ke tepi cerunam yang tidak berpagar.

Gambar : The Fresno Bee/Eric Paul Zamora (Taft Point di Taman Negara Yosemite)

Menurut abang kepada Vishnu, Jishnu Viswanath, pasangan tersebut dikatakan telah memasang tripod berhampiran kawasan tebing yang curam dekat pergunungan Sierra Nevada, California pada petang Selasa.

Keesokkan paginya, pengunjung menjumpai sebuah kamera dan mereka memaklumkan kepada renjer hutan mengenai penemuan itu.

Pasukan renjer hutan kemudiannya menjumpai mayat pasangan itu pada Khamis kira-kira 800 kaki di bawah Taft Point.

Pengebumian pasangan tersebut akan diadakan di Amerika Syarikat kerana jasad kedua-dua mereka tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk diterbangkan ke India, tambah Viswanath.

Jurucakap Yosemite, Jamie Richards berkata siasatan yang dijalankan mengenai kematian mereka akan mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa hari.

Moorthy yang bercita-cita untuk menjadi seorang blogger penggembaraan pernah menulis tentang percubaan selfie ‘berani mati’ di Instagramnya.

Sumber : Sky news

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.