Siakap Keli

Demi Elak Bayar Pinjaman Pendidikan, Lelaki Ini Sangup Merantau Tinggal Dalam Hutan Terpencil

Demi mengelak dari hutang pinjaman pendidikan yang banyak, seorang lelaki warga Amerika nekad untuk berhijrah dari negaranya ke India dan tinggal di sebuah kawasan terpencil.

Chad Haag, 29, sama seperti kebanyakan pelajar yang lain, terpaksa bergantung kepada pinjaman pendidikan untuk membiayai yuran pengajian dan kolej.

Haag berusaha untuk mencari pekerjaan yang setaraf dengan pendidikannya bagaimanapun, dia gagal berbuat demikian dan mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana.

Setelah tamat pengajian, kerja pertama yang dilakukannya adalah mengangkat barang dari trak, memasang roket mainan di kilang dan menjadi profesor tambahan yang hanya ada satu kelas  setiap semester.

Bagaimanapun, kerja-kerja yang dilakukan Haag tetap tidak dapat membantunya untuk melunaskan hutang pendidikan yang harus dibayar sebanyak $300 (RM1,255) setiap bulan dan membuatkannya menjadi stress kemudiannya berpindah ke sebuah kampung kecil di India.

Memetik laporan dari CNBC, pelajar berkelulusan bidang falsafah ini memberitahu bahawa sebelum mengambil keputusan untuk tinggal di India, dia ada terfikir untuk memencilkan dirinya di dalam gua berikutan tindakan itu pernah dilakukan oleh salah seorang kenalannya.

Kini, Haag tinggal di sebuah rumah konkrit di kampung Uchakkada dan telah berkahwin dengan seorang profesor di sebuah kolej tempatan dan tidak lagi menghiraukan hutang pendidikannya di Amerika meskipun dia sedar jumlah pinjamannya tidaklah sebanyak peminjam yang lain tetapi baginya kesukaran mencari kerja di sana membuatkan bebanan hutang sukar untuk ditanggungnya.

Mengakui perubahan hidup yang mendadak membuatkannya sukar untuk menyesuaikan diri tetapi secara keseluruhannya dia hidup lebih tenang dan bahagia di situ.

Terdapat pakar yang menyatakan bahawa berpindah ke sebuah negara lain demi mengelak membayar hutang merupakan tindakan kurang bijak kerana akan membuatkan hutang bertambah banyak sekiranya peminjam tersebut pulang semula ke tanah air berikutan peningkatan bayaran bunga, denda dan sebagainya.

Sumber: Odditycentral

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar