Siakap Keli
Gambar Hiasan

Irama Dan Muzik Lagu ‘Negaraku’ Asalnya Zaman Pemerintahan Melayu Perak Di Seychelles

Jika anda seorang yang peka dengan sekeliling pasti anda tahu rentak muzik dan lagu Negaraku datangnya dari Negeri Perak. Negeri Perak terkenal dengan kemasyhuran pemerintahan Sultan dari susur galur Kesultanan Melaka dan mempunyai pengaruh besar dalam negera ini.

Kita selalu membahaskan bahawa lagu Kebangsaan kita seperti lagu Indonesia. Tetapi kita tahu atau tidak sebenarnya ia dicipta oleh seseorang pada zaman Kesultanan Melayu Perak yang dibuang ke Seychelles. Jadikan jangan hairanlah jika orang Indonesia mahu mempersoalkan lagu ini milik Indonesia, kerana terbukti ini bukan milik mereka. Biarlah hanya mereka bertindak untuk mengakkan benang yang basah.

Sebagai rakyat Malaysia, kita janganlah berbalah lagi tentang lagu Negaraku dan Indonesia Raya kerana kita sudah tahu kesahihannya. Mari kita ikuti kisah sejarah lagu Negaraku dicipta.

Lagu Mamula Moon ialah sebuah lagu klasik gaya Hawaii yang dinyanyikan oleh kumpulan Felix Mendelsohn & His Hawaiian Serenders. Jika anda tidak tahu bagaimana rentak muziknya cubalah anda ‘google’ tajuk lagu ini. Irama lagu ini sama seperti lagu Terang Bulan, Allah Lanjutkan Usia, lagu Negeri Perak dan Negaraku, lagu Kebangsaan Malaysia.

Pada tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walaubagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka.

Sumber : Google

Y.T.M. Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Cadangan Y.T.M. Tunku ini dipersetujui dan dilaksanakan. Pertandingan ini bukan sahaja terhad kepada penduduk Malaya tetapi telah dibuka ke seluruh dunia dan hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia.

Setelah dipertandingkan dan setelah mempelawa beberapa ahli penggubah lagu termasyhur masih belum memperolehi hasil yang diharapkan maka akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara.

Setelah mendengar kesemua lagu negeri maka Jawatankuasa ini telah membuat keputusan bahawa Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara. Maka dengan itu jadilah lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan Malaya yang merdeka dan akhirnya Lagu Kebangsaan Malaysia. Senikata lagu kebangsaan ini telah ditulis bersama oleh Panel Hakim di mana Y.T.M. Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan yang penting.

Sumber : Google

Negaraku kedengaran buat kali pertama pada 31 st Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.Pada malam itu, bendera Union Jack diturunkan dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi oleh Negaraku . Sejak itu, Negaraku kekal sebagai lagu kebangsaan di negara ini.

 

 

Sumber:

  1. http://carmahlms.com/info_muzik/IMarticles/IMaulnk.htm
  2. http://myusra74.blogspot.com/2011/10/sejarah-lagu-kenagsaan-negaraku.html
  3. http://seikhlashati-rahanum.blogspot.com/2012/08/history-of-negaraku.html
  4. http://www.twgreatdaily.com/cat112/node1084732

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang