Siakap Keli
Foto: Google

Jangan Membeza-bezakan Anak, Sedar Atau Tidak, Ini Empat Faktor Buatkan Ibu Bapa Pilih Kasih

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai ibu bapa kadang-kala kita terlepas pandang dengan kelakuan kita terhadap anak-anak. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah membeza-bezakan salah satu anak kita dengan anak yang lain atau dengan anak orang lain.

Bagi anak-anak yang sudah mula dewasa, segelintir dari mereka mungkin berusaha menyembunyikan rasa berbanding kanak-kanak yang pasti akan menangis setiap kali dibanding-bandingkan. Namun, apa yang pasti, setiap kali ibu bapa bersikap pilih kasih, anak-anak akan memendam rasa terluka dan lebih parah jikalau berubah menjadi dendam.

Pilih kasih bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak, kadang-kala hubungan adik beradik, saudara, rakan atau sesiapa sahaja juga boleh berlakunya ‘amalan’ membeza-bezakan ini.

Menerusi perkongsian dari saudara Mohd Fhais di laman facebooknya, terdapat beberapa faktor yang menjadi punca utama ibu bapa menjadi pilih kasih.

Hmm, apa ya faktor-faktor itu? Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui lebih lanjut dan semoga bermanfaat.

Foto: Google

Ibu Bapa Jangan Pilih Kasih

“Bagusnya anak aku ni, kenapalah anak aku yang sorang lagi ni tak macam kakak dia”

Jangan membanding beza anak-anak!

Sebenarnya ramai kawan-kawan yang merasakan ibubapa mereka selalu mendahulukan adik beradik lain, mereka selalu memarah, selalu lebihkan adik beradik lain dan selalu tak gembira dengan kehadiran mereka ini.

Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibubapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka. Lagi-lagi anak kecil, cepatlah sentap tu kalau ibu bapa dia selalu lebihkan adik-beradik yang lain.

Antara 4 faktor yang menjadi punca ibu bapa pilih kasih :

Foto: Google

1) Anak Kebanggaan
Dalam ramai ramai anak pasti ada salah seorang yang sangat membanggakan daripada ibu bapa. Selalunya anak yang belajar pandai, jaguh sukan atau pandai mengaji akan jadi anak kebanggaan.

Tetapi perlu ingat! Anak-anak lain ada kelebihan juga tau. Mungkin bukan dalam akademik tapi dalam kelebihan mereka sendiri. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu.

2) Anak Yang Tidak Sihat
Anak yang tidak sihat selalu mendapat perhatian lebih malah ada yang beri sepenuh perhatian pada mereka ini sehingga mengabaikan anak yang sihat.

Anak yang sihat pun boleh jatuh sakit kalau di abaikan selalu. Sakit atau tidak setiap anak perlu perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka. Dapatkan bantuan dan adil lah dalam mengagihkan kasih sayang.

Foto: Wikihow

3) Anak Rajin
Anak yang rajin tolong ibu bapa semestinya ibu bapa akan sayang sangat sebabnya mereka ni meringankan beban ibu bapa. Ibu bapa cenderung mempercayai anak yang rajin sehingga tak percaya langsung anak-anak yang lain.

Pernah terfikir tak yang anak anak lain mungkin bukan pemalas nak membantu tapi mereka masih menunggu dapat kepercayaan dari ibu bapa sendiri. Beri kepercayaan seadil yang boleh supaya tiada yang rasa tidak di percayai.

4) Anak Bongsu
Anak bongsu memang selalu dapat perhatian lebih. Maklumlah yang paling muda dan anak terakhir sekali, jadi sayangnya lebih. Perhatian pun berlebih lebih, sehingga banyak anak bongsu jadi terlampau manja.

Waspada bila abg/kakak dah mula anggap adik dia sebagai ancaman kerana sikap iri hati dan cemburu tu pasti akan hadir dalam diri anak-anak. Saya percaya tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya saling bermusuhan.

Jika setiap anak anak itu ibu boleh mengandungkan sama 9 bulan 10 hari, kenapa setelah lahir mahu di beza-bezakan kasih sayang dan perhatiannya.

Sesungguhnya cinta seorang ibu menyejukkan hati, cinta seorang ayah menenteramkan jiwa.Saya percaya tiada ibubapa yang suka bila anak membandingkan kita dengan ibubapa lain.

Belajarlah ilmu keibubapaan yang bagus agar kita jadi ibu bapa yang bagus.

Ini contoh ilmu keibubapaan yang paling bagus setakat ini, Klik link di bawah
->> http://bit.ly/FMKEIA

P/s : Saya selalu berkongsi ilmu rumahtangga dan parenting secara percuma di telegram. Ini link telegram saya -> t.me/CoretanFhais

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.