Siakap Keli

Nahas Yang Mungkin Boleh Dielak, Empat Perkara Pelik Jatuhnya Pesawat Lion Air

Ramai yang masih berduka dengan musibah yang menimpa negara jiran Indonesia apabila pesawat Lion Air JT 610 dari Jakarta-Pangkalpinang jatuh di Perairan Karawang, Jawa Barat pada isnin pagi semalam. Pesawat yang dianggarkan jatuh dari ketinggian 2.500 meter dipercayai mengorbankan kesemua 189 penumpang termasuk anak kapal.

Proses mencari dan menyelamat masih dijalankan tanpa henti. Namun, apa yang menyebabkan pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 ini jatuh berkecai di atas laut, masih kekal menjadi misteri.

Terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi tetapi terdapat empat perkara pelik atau kejanggalan mengenai tragedi yang menimpa pesawat Lion Air. Nahas ini dikatakan tidak sepatutnya berlaku pada waktu kejadian. Berikut di antara beberapa alasannya:

1. Pesawat Lion Air JT 610 adalah pesawat baru

Gambar : Instagram @lionairgroup

Pesawat jenis baru bererti mesin pesawat masih berada dalam keadaan yang sangat baik. Pesawat JT 610 ini masih belum satu tahun beroperasi. “Pesawat masih baru, jam terbang baru 800 flight hours,” memetik kata Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara, Soerjanto Tjahjono.

Soerjanto juga berharap kerana pesawat masih baru, black box atau kotak hitam dapat segera ditemukan dalam keadaan baik. Dari kotak hitam itu dapat diketahui apa yang menyebabkan pesawat ini gagal berfungsi.

2. Sebelum terputus hubungan, juruterbang sempat meminta untuk kembali ke Bandara

Gambar : Instagram @lionairgroup

Pesawat ini berlepas pada pukul 06.20 pagi dan mengikut jadual akan tiba di Pangkalpinang pada Pukul 07.20 pagi. Namun, juruterbang dilaporkan sempat meminta untuk return to base sebelum akhirnya hilang dari radar.

3. Cuaca dalam keadaan baik

Gambar : flyawaysimulation.com

Jarang pula kecelakaan pesawat terjadi saat cuaca dalam keadaan baik. Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara, Soerjanto Tjahjono menjelaskan bahwa keadaan cuaca sedang cerah saat pesawat Lion Air JT-610 itu terputus hubungan dan hilang dari radar.

4. Baru 13 minit penerbangan

Gambar : IDN Times/Cije Khalifatullah

Ya, bukan dalam tempoh yang lama nahas ini berlaku. Pesawat Lion Air baru sahaja berlepas dari Bandara Soekarno Hatta.

Menurut Corporate Communication Strategic Lion Air, Danang Mandala Prihantoro, pesawat ini jatuh di perairan Karawang lebih kurang 13 menit setelah terbang. Lokasi jatuh pula berada 34 kilometer dari Bandara Soekarno Hatta.

Sumber : IDN Times

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di