Siakap Keli
Gambar : AGUNG KUNCAHYA B

Berjaya Kesan Isyarat ”Ping”, Pasukan Penyelamat Percaya Sudah Temui Bangkai JT 610

Media antarabangsa, AP News melalui laporannya menyebut bahawa pihak tentera percaya bahawa bangkai pesawat Lion Air JT 610 yang terhempas pada Isnin sudahpun berjaya ditemui.

”Berdasarkan pembentangan yang dibuat oleh Pengarah Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan, koordinat dipercayai bangkai utama pesawat berada telah pun ditemui. Kami akan menghantar pasukan ke sana untuk memeriksa,” kata jurucakapa tentera, Hadi Tjahjanto.

Semalam, pasukan penyelamat berjaya mengesan isyarat ‘ping’ yang dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat berkenaan.

”Petang semalam, pasukan penyelamat berjaya mengesan isyarat ping yang dihantar daripada kedalaman 35 meter,” katanya lagi.

Pesawat malang Boeing 737 MAX 8  terhempas di Laut Jawa kira-kira 2 minit selepas berlepas daripada lapangan terbang di Jakarta. Ketika terhempas, pesawat berkenaan membawa seramai 189 orang penumpang termasuk anak kapal. Pasukan penyelamat percaya tiada mangsa yang selamat.

Usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan membabitkan beberapa agensi kerajaan negara republik tersebut. Setakat semalam, sebanyak 37 bag mayat telah dihantar untuk menjalani ujian DNA.

Melalui laporan semalam, pasukan penyelamat percaya banyak jasad mangsa masih terikat pada kerusi jika mengambil kira tempoh masa dua minit terhempas selepas berlepas.

Menurut Ketua Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) Soerjanto Tjahjono, mereka percaya para penumpang tidak sempat membuka tali pinggang keselamatan memandangkan dalam tempoh dua minit berkenaan, lampu merah di kabin masih belum dipadamkan.

BACA : Misi Cari Badan Pesawat, Percaya Ramai Mangsa Korban Masih Memakai Tali Pinggang Keselamatan

BACA : Bukan Kali Pertama, Ini 5 Tragedi Melibatkan Nahas Pesawat Lion Air Yang Pernah Menggemparkan Dunia

Sumber : AP News, CBS News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.