Siakap Keli
Gambar : Bernama

Perbicaraan Secara Langsung Kes Najib Satu Idea Bernas – Shafee

Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan cadangan untuk menyiarkan perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu idea bernas.

Muhammad Shafee berkata beliau tidak mempunyai sebarang isu sekiranya perbicaraan itu disiarkan secara langsung kerana prosiding itu akan dijalankan dengan telus.

Soalan itu  ditimbulkan pemberita kepada peguam utama Ahli Parlimen Pekan itu selepas selesai prosiding pengurusan kes Najib di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

“Cadangan itu satu cadangan yang bagus…biar semua orang tahu apa yang berlaku sepanjang perbicaraan.Tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya ringkas.

Sementara itu, Muhammad Shafee berkata pihaknya membantah permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan prosiding perbicaraan di Istana Kehakiman, Putrajaya (PoJ).

Menurut beliau, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak kamar bicara berbanding di PoJ.

“Kenapa nak pindah ke sana sedangkan di Putrajaya cuma ada lapan kamar bicara…di sini ada 38 Mahkamah Tinggi, 27 Mahkamah Sesyen, 30 Mahkamah Majistret dan 12 bilik bicara yang tidak digunakan,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.