Siakap Keli
Gambar Hiasan

Dibuang Negeri Selepas Pembunuhan J.W.W Birch, Sejarah Sultan Abdullah Bawa Darah Melayu Di Pulau Seychelles

Kita semua tahu impak Perjanjian Pangkor dan perlantikan J.W.W Birch sebagai residen British pertama di Tanah Melayu. Secara amnya, ia menandakan bermulanya negara kita dicampur tangan secara terus oleh pihak British dalam hal pentadbiran  terpenting  negeri-negeri Melayu. Semua orang tahu, Birch mencipta dasar-dasar bersifat penindasan yang menyebabkan kemarahan oleh masyarakat Perak sehingga berlakunya pembunuhan Birch di Pasir Salak pada tahun 1875 dan seterusnya tercetus Perang Perak.

Mengikut sejarah yang diceritakan secara turun temurun, mereka semua dibuang dan diasingkan dengan menggunakan kapal Carherstone yang mana berlabuh dari pelabuhan Singapura. Jarak perjalanan dari Singapura ke kepulauan Sychelles ini mengambil masa lebih sebulan untuk tiba.

Pulau Seychelles cukup sinonim dengan sejarah negara khususnya negeri Perak kerana pada tahun 1877 pulau itu menjadi tempat pembuangan 47 orang pembesar dan rakyat Perak iaitu 24 lelaki dan 23 orang perempuan. Jesteru itu, apa yang dilakukan oleh Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Perak semasa dalam waktu pembuangannya di Syechelles?

Perjalanan Hidup Semasa Dibuang Negeri

Pembuangan negeri kepada semua yang tertuduh itu dilakukan oleh pihak penjajah kerana mereka bimbang, takut dan gerun dengan kekuatan orang melayu. Lihat sahaja pada cara Ngah Ibrahim berfikir yang jauh ke depan dalam pelbagai aspek berbanding pembesar Perak yang lain.

Pada pagi 21 Julai 1877, Sultan Abdullah bersama beberapa pembesar Melayu lain berangkat dari sebuah penjara di Singapura untuk menaiki kapal stim Cotherstone yang diketuai oleh Kapten Blache. Rombongan ini diiringi oleh sembilan pengawai polis diketuai oleh Inspektor R. Strugnell. Beliau berperanan sebagai penterjemah untuk rombongan. Selepas berlayar selama sebulan, Cotherstone akhirnya tiba di Mahe pada 31 Ogos 1877. Selain Sultan Abdullah, pembesar Perak yang turut dibuang negeri ialah Orang Besar larut, Ngah Ibrahim, Dato Laksamana Mohamed Amin dan Dato Syahbandar Kadek bin Mohammed. Rombongan ini turut disertai oleh kaum keluarga dan orang suruhan mereka semasa dalam buangan di Sychelles.

Perkara yang sering dilakukan oleh Ngah Ibrahim ialah hampir setiap tahun beliau mengutuskan surat kepada pemerintah Inggeris dan pada waktu itu, Ratu Victoria untuk memohon pelepasan dan pengampunan.

Semasa masa Sultan Abdullah di Seychelles, baginda bermain kriket, mengumpul kayu untuk digunakan semasa berjalan kaki yang cantik dan memperkenalkan buah-buahan Malaysia di pulau tersebut. Keupayaannya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris telah mengagumkan orang Inggeris, dan baginda mula bercampur dengan golongan elit. Baginda menyertai Kelab Victoria Cricket, dan bermain kriket dengan pegawai tentera British. Baginda juga bermain bola sepak dan memasuki pertandingan layang-layang.

Sultan mula memperkenalkan pelabagai jenis buah-buahan asli Malaysia. Penduduk di Pulau Seychelles amat bersyukur kerana pengenalannya dengan tumbuhan, banane mille . Pokok pisang Malaysia ini sering kali menghasilkan 1,000 pisang dalam setandan. Dan sebagai buah yang tahan penyakit, ia membantu memberi makan penduduk semasa peperangan dunia.

Di Seychelles, baginda mempunyai tujuh orang anak, iaitu empat anak lelaki dan tiga anak perempuan dan kehilangan salah seorang isteri. Anaknya yang lelaki memulakan pelajaran mereka di Sekolah Boys School di Victoria dan anak-anak perempuan di Saint Paul’s School, juga di Victoria. Salah seorang anak perempuannya, Rajah Hadyah Abdullah, yang dilahirkan di Victoria pada 4 Ogos 1883, belajar piano di Mahé dan kemudian menjadi seorang pemain piano yang bersemangat.

Anak baginda, Rajah Hadyah Abdullah, bermain La Rosalie diiringi oleh salah seorang saudara lelakinya, Raja Chulan, yang seorang permain biola dan belajar secara konsisten dan memainkan lagu itu di Mahé. Menurut Hadyah, sebuah band Perancis di Seychelles memberikan prestasi umum mingguan dan memainkan La Rosalie di pinggir pantai kediaman Sultan. Mungkin dia merujuk kepada Union Vale di Mahé yang merupakan salah satu domisili Sultan. Selepas lawatannya ke Seychelles, Raja Chulan, memperkenalkan melodi kepada saudaranya, Raja Mansur, anak sulung Sultan. Kemudian Mansur menulis lirik itu, dan sebagai setiausaha bapanya, dia membawanya bersama mereka ketika mereka melawat England di mana ia telah dimainkan buat kali pertama sebagai Lagu Kebangsaan Perak. Lagu lagu yang terakhir menjadi ” Negaraku“, Lagu Kebangsaan Malaysia.

Takdir sudah tertulis akan nasib mereka semua kerana mereka boleh dilepaskan setelah 14 tahun dibuang, namun tidak dibenarkan pulang ke Perak dan hanya boleh menetap di Singapura atau Sarawak sahaja.

Selepas 14 tahun tinggal di Seychelles, Sultan Abdullah menulis surat kepada sahabatnya,Sir Henniker Heaton yang pada ketika itu berhidmat sebagai Ahli Parlimen Parti Konservatif di Canterbury. Dalam surat tersebut, baginda menceritakan perihal yang berlaku sepanjang hidup mereka di situ.

Baginda menceritakan tentang kesedihannya sewaktu kematian isterinya, Che Rashia atau lebih dikenali sebagai Puteri Rashia di Syechelles pada 29 Mac 1891 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Mont Fleuri.  Tarikh itu sangat penting dalam kalendar Islam di Seychelles kerana pada hari itu pemakaman Muslim di Mont Fleuri dibuka secara rasmi.

Selepas 2 tahun kemangkatan isterinya, empat orang kuat negeri Perak pula meninggal dunia di Mahe. Enam tahun selepas itu barulah baginda dibenarkan pulang ke Tanah Melayu dan menetap di Singapura. Selepas 17 tahun baginda menetap di Syechelles, tanggal 1894 baginda dibenarkan pulang ke Kuala Kangsar dan mangkat pada tahun 1922 , dimakamkan di Bukit Chandan dan digelar sebagai Marhum Habibullah.

Majlis Perkahwinan Melayu di Seychelles.
(Sumber : Google)

 

Kasut trompah ini merupakan salah satu perkara yang menunjukan di Seychelles mempunyai masyarakat Melayu pada zaman Sultan Abdullah
(sumber : Google)

Iklim di Seychelles adalah hampir sama dengan negara Malaysia. Mungkin inilah yang menyebabkan penjajah Inggeris membuang Sultan Abdullah dan para pembesar Perak ke Pulau Seychelles kerana iklimnya sama dengan Tanah Melayu.

Mata wang yang digunakan ialah Seychelles Rupee. Bagaimanapun mata wang US Dollar dan Pound Sterling juga diterima dalam urus niaga di samping kad kredit. Warga Seychelles menggunakan bahasa Seychelles sebagai bahasa pertuturan dan perhubungan di samping bahasa Croele, Perancis dan Inggeris. Sumber utama ekonomi Republik Seychelles ialah sektor pelancongan dan perikanan.

Kini penggunaan bahasa Melayu di Seychelles sudah lapuk dek zaman. Masyarakat di sana pada zaman penjajahan dahulu akan dipukul jika berbahasa melayu kerana orang Inggeris takut kononnya bangsa Melayu akan menjatuhkan rancangan mereka. Akhirnya bahasa Melayu sudah tidak digunakan lagi walaupun masih ada darah Melayu di sana.

 

 

Sumber:

  1. https://www.thepatriots.asia/kisah-sultan-abdullah-semasa-dalam-buangan-di-seychelles/
  2. https://kreolmagazine.com/culture/history-and-culture/the-story-of-sultan-abdullahs-exile-in-the-seychelles-and-malaysias-national-anthem/#.W8la3mgzbIU
  3. http://www.seychellesnewsagency.com/articles/4898/Exiled+to+paradise++famous+or+royal+residents+who+died+in+Seychelles
  4. https://www.orangperak.com/dimana-kepulauan-seychelles-dan-apa-kaitan-dengan-perak.html
  5. https://sembangkuala.wordpress.com/2009/06/09/group-showing-sultan-abdullah-in-uniform-after-his-return-from-the-seychelles-with-some-member-of-his-family/
  6. http://www.seychellesweekly.com/July%2011,%202010/top2_sultan.html
  7. https://www.youtube.com/watch?v=fp9W2H8PpwE

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang