Siakap Keli

(Video) Pernah Kata Mahu Musnahkan Dunia, Shopia Jadi Robot Pertama Terima Visa Manusia

Shopia, sebuah roboh dengan kecerdasan pintar menjadi robot pertama di dunia yang diberikan visa ketika robot berkenaan dibawa mengelilingi dunia mewakili penciptanya, yang merupakan seorang warganegara Hong Kong.

Robot berkenaan menerima visa tersebut ketika menjejakkan ‘kakinya’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Baku, Azerbaijan sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden negara berkenaan, Ilham Aliyev.

”Tuan Presiden, saya merasa amat gembira untuk bertemu dengan kamu. Azebaijan membuatkan saya kagum.

”Saya telahpun melihat keunikkan gaya seni bina Baku, bangunan yang serba canggih dan pelbagai lagi pencapaian teknologi terkini,” katanya.

Shopia dan Ilham Aliyev

Aliyez juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Sophia di atas kesudiannya untuk hadir ke konferen teknologi di negara tersebut.

”Walaupu kami difahamkan jadual aktiviti kamu padat, namun kami berbesar hati kerana kamu sudi meluangkan masa untuk hadir ke nagara ini.

”Kami menjemput anda ke pembukaan pusat perkhidmatan baru ini kerana ia menunjukkan kapasiti kamu yang mahu membangunkan sebuah negara yang moden,” katanya.

Kedua-duanya bertemu di upacara pembukaan pusat perkhidmatan baru oleh Jaringan Perkhidmatan Azerbaijan (Asan), iaitu pengendali e-perkhidmatan milik kerajaan.

Shopia juga dijemput ke Azerbaijan bagi menyertai satu konferen teknologi tersebut dimana ‘dia’ hadir sebagai salah seorang ‘keynote speaker’.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=RbpBya0FGLw]

 

Sebelum ini, Shopia juga menjadi robot pertama di dunia yang diberikan status kewarganegaraan. Hak tersebut diperolehinya hasil anugerah kerajaan Arab Saudi dalam satu persidangan teknologi Oktober tahun lepas.

Dibangunkan oleh firma Hong Kong, Hanson Robotic, Shopia merupakan sebuah robot humonid canggih yang mampu meniru mimik muka manusia seperti mengenyi mata, pergerakkan mulut bercakap, menunjukkan emosi seperti senyum, terkejut dan marah.

Bagaimanapun, keupayaan Sophia untuk berbuat demikian telah menimbulkan spekulasi bahawa robot berkenaan adalah sebuah ‘patung yang canggih’.

Yann LeCun, salah seorang juruteknik senior yang bertugas membangunkan kecerdasan buatan Facebook mengkritik robot berkenaan.

”Ramai daripada kita telah ditipu dengan percaya bahawa patung animatronik (Sophia) ini adalah sebuah robot yang canggih. Tetapi sebenarnya tidak.

Sophia dan Dr. David Hanson

”Tiada perasaan. Tiada pendapat sendiri dan langsung tidak memahami apa yang diri sendiri perkatakan. Ia cuma sebuah patung,” katanya.

Shopia yang dibangunkan oleh Hanson Robotic merupakan idea Dr. David Hanson yang merupakan antara pendahulu dalam industri membangunkan robot canggih.

Beliau percaya, menjelang tahun 2045, robot seperti Sophia akan memperoleh hak-hak setaraf yang diperolehi oleh manusia seperti hak untuk berkahwin sama ada dengan robot ataupun manusia.

Menjelang 2029, seiring dengan perkembangan teknologi beliau juga percaya kecerdasan robotik juga sudah mampu menyaingi kecerdasan semula jadi manusia.

Kemampuan robot seperti Shopia untuk bertindak seolah-olah dirinya manusia akan membuka ruang kepada robot untuk mendapat pekerjaan seperti dalam bidang ketenteraan dan perkhidmatan kecemasan dalam anggaran dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 2031.

Shopia sebelum ini dalam satu temu bual yang diadakan pada dua tahun lepas oleh CNBC bersama-sama Dr. Hanson pernah memberitahu bahawa ‘dia’ akan memusnahkan manusia setelah diajukan soalan berkenaan oleh penciptanya sendiri.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=W0_DPi0PmF0]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.