Siakap Keli
Sumber : FB Pakatan Harapan

Ahli Parlimen Kerajaan Buat Pengisytiharan Pendapatan, Menteri Kewangan Antara Punyai Pendapatan Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyediakan satu portal bertujuan untuk membolehkan orang ramai menyemak pendapatn dan harta anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen kerajaan.

Portal berkenaan yang dikenali sebagai Portal Pengisytiharan Harta dibangunkan bagi membuktikan ketelusan kerajaan semasa yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.

Portal berkenaan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Anggota Parlimen Kerajaan dan Anggota Pentadbiran. Setakat hari ini, sebanyak 51 orang Anggota Parlimen Kerajaan atau 41.1 peratus sudahpun membuat pengisytiharan manakala bakinya, 73 orang atau 58.9 peratus masih belum berbuat demikian.

Manakala bagi Ahli Pentadbiran pula, sebanyak 42.9 peratus atau 21 orang telah membuat pengisytiharan manakala 28 orang atau 57.1 peratus masih belum mengisytiharkan harta masing-masing.

Bagi Ahli Parlimen dan Anggota Pentadbiran yang membuat pengisytiharan harta, mereka boleh membuat pengisytiharan untuk diri sendiri, memasukkan sekali pendapatan bagi isteri atau anak masing-masing.

Mendahului carta pengisytiharan adalah YAB Perdana Menteri sendiri yang turut mengisytiharkan pendapatan bersama-sama  isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Ali.

Bagi kedua-duanya, pendapatan yang disytiharkan adalah sebanyak RM 75861.57 yang dibuat pada 19 Oktober yang lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang membuat pengisytiharan pada 17 Oktober bagi dirinya dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula adalah RM 59048.33.

Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng menjadi Ahli Parlimen dan Anggota Pentadbiran kerajaan yang mempunyai pendapatan paling tinggi iaitu RM 86464.92. YB Guang Eng membuat pengisytiharan pendapatan mewakili dirinya sendiri serta isteri dan anaknya. Pengisytiharan dibuat pada 10 Oktober.

Bagaimanapun tidak dinyatakan jenis pendapatan dan tempoh jumlah pendapatan sama ada untuk sebulan ataupun setahun.

Manakala menteri paling muda iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Menteri Belia dan Sukan, pendapatan mewakili dirinya yang diisytiharkan adalah RM 50253.88 yang dibuat pada 2 Oktober.

Sumber : Portal Pengisytiharan Harta SPRM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.