Siakap Keli

Isteri Mengidam Nasi Lemak Air Asia, Kuasa Viral Rakyat Akhirnya Hasrat Tertunai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dua hari lalu seorang lelaki melalui akaun Twitter miliknya berkongsi perbualan WhatsApp isteri yang sedang hamil teringin sangat nak makan nasi lemak Pak Nasser.

Si suami yang buntu cuba mencari tahu jika nasi lemak tersebut dijual di luar dengan bertanya terus kepada Air Asia.  Jawapan yang diberikan pihak Air Asia sangat lucu sehingga post lelaki tersebut viral dan mendapat perhatian netizen.

Pencarian Azham demi Nasi Lemak Pak Nasser diteruskan apabila dia bertanyakan tiket ke destinasi paling murah hanya untuk memenuhi permintaan isterinya.

Melalui kuasa viral, ramai rakyat Malaysia baik hati yang ingin menunaikan hasrat isterinya.  Rata-rata mereka mahu membantu mendapatkan nasi lemak yang diidam-idamkan.

Alhamdulilah, akhirnya si isteri dapat lepas kempunan makan Nasi Lemak Pak Nasser.  Terima kasih rakyat Malaysia! Bak kata bro ni dekat SK, ‘Nasi Lemak Unite Us’.

Sumber: Azham

Nur Farra