Siakap Keli

Kerajaan Yakin Gaji Minimum RM1,500 Dapat Dilaksana Dalam Tempoh 5 Tahun

Kerajaan yakin penetapan gaji minimum pada kadar RM1,500 sebulan dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kadar gaji minimum ini akan dikaji setiap tahun, walaupun Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 memperuntukkan kajian semula harus dilakukan setiap dua tahun sekali.

“Kalau ada masalah besar atau satu perkara yang ada keperluan mungkin ia boleh dibuat lebih dari sekali, tetapi sekali dalam tempoh dua tahun itu satu yang seharusnya dilakukan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang mahu kerajaan menyatakan rasional penetapan gaji minimum pada paras RM1,050 sekarang ini yang dilihat sebagai ‘terlalu rendah’.

Mahfuz berkata kerajaan mengambil maklum bahawa kadar berkenaan tidak begitu tinggi, namun ia adalah pendekatan rasional untuk elakkan kos operasi majikan meningkat secara mendadak terutama bagi pihak Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Peningkatan gaji minimum akan meningkatkan kos operasi majikan antaranya bagi caruman KWSP, Perkeso dan pembayaran lebih masa cuti umum, hari rehat dan sebagainya,” katanya menambah bahawa penetapan gaji minimum sama rata seluruh negara juga adalah bagi merapatkan jurang sosio-ekonomi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Tegasnya, peningkatan sebanyak RM50 bagi Semenanjung dan RM130 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan adalah munasabah dan tidak membebankan 90 peratus majikan yang terdiri daripada sektor IKS.

Selain itu, katanya, kerajaan juga mengambil kira pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang agak perlahan pada kadar 4.5 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 5.4 peratus pada suku pertama.

“Ia juga perlu dilihat daripada kesan kemasukan pelaburan asing ke negara kita selain kerajaan perlu pastikan pelabur sedia ada terus kekal di Malaysia,” katanya menarik perhatian bahawa pelaburan langsung asing mencatat aliran masuk bersih lebih rendah pada kadar RM2.8 bilion pada suku kedua tahun ini berbanding RM12 bilion pada suku pertama.

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di