Siakap Keli

Puteri Jepun Rela Lepaskan Taraf Dan Pangkat Kerana Mahu Kahwini Rakyat Biasa

Tokyo: Demi mengahwini jejaka yang dicintainya, seorang puteri Jepun sanggup melepaskan pangkat dan taraf kerabat diraja yang dimilikinya.

Puteri Ayako yang berusia 28 tahun itu secara rasminya kehilangan kedudukan selepas mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Kei Moriya di sebuah majlis perkahwianan yang berlangsung di Kuil Meiji , Tokyo.

Moriya, 32, bekerja di sebuah syarikat perkapalan di Jepun pertama kali bertemu dengan Puteri Ayako pada Disember tahun lalu di sebuah pameran foto setelah diperkenalkan oleh Puteri Hisako, ibu kepada Puteri Ayako yang mengenali keluarga Moriya.

Ketika hari perkahwinannya, Puteri Ayako kelihatan tiba di kuil dengan memakai kimono khas dan gaya rambut bangsawan sementara pengantin lelaki kemas memakai tuksedo hitam.

Pasangan itu bertukar cincin dan membaca sumpah perkahwinan mereka dalam majlis yang dihadiri kira-kira 30 orang termasuk ahli keluarga.

Menurut Puteri Ayako, dia berasa gembira berikutan ramai yang merestui perkahwinannya dan menganggap sekiranya ayahnya, Putera Takamado, masih hidup, pasti beliau akan gembira dengan perkahwinan tersebut.

Keluarga diraja Jepun diberi kebebasan untuk berkahwin dengan sesiapa saja untuk sekurang-kurangnya tiga generasi tetapi mengikut undang-undang diraja yang telah ditetapkan, golong kerabat wanita akan kehilangan gelaran diraja mereka sekerinya mmebuat keputusan untuk berkahwin dengan rakyat biasa.

Sumber: Japantimes

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar