Siakap Keli

Vivo V11i Fairy Pink, Bakal Jadi Rebutan, Dikeluarkan Dalam Edisi Terhad Di Malaysia

Jatuh cinta pandang pertama!

Vivo sekali lagi meragut hati ini dengan kemunculan edisi terhad Vivo V11i Fairy Pink dengan varian warna merah jambu yang memukau hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Oktober lalu, jenama telefon pintar global, Vivo telah mendedahkan secara rasminya keluaran’seksis’ Vivo V11i Fairy Pink di Malaysia seiring dengan kempen ‘Oktober Pink’ sebagai sokongan terhadap kesedaran kasnser payudara.

via GIPHY

Vivo V11i Fairy Pink dilengkapi dengan teknologi AI yang membuatkan foto lebih menonjol.  Ciri-ciri yang ada pada model ini sangat sesuai buat pencinta ‘selfie’ yang menggunakan teknologi AI Face Shaping dengan algoritma pemodelan wajah AI yang membolehkan korang meningkatkan ciri wajah tanpa kelihatan terlalu diproses. Kira macam natural gitulah!

Selain warna merah jambu dengan sentuhan eksklusif yang menawan, kemasan tampak gah ini menjadikan Vivo V11i Fairy Pink lebih meletop!  Sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah buat orang yang tersayang.

Seperti keluaran Vivo sebelum ini, Vivo V11i Fairy Pink juga tak ketinggalan dengan teknologi Fast Charging yang boleh mengisi semula baterinya secepat mungkin.

Jangan tunggu lama-lama!

Edisi Vivo V11i Fairy Pink edisi terhad ini akan mula dijual pada harga RM1,299.  Sebelum disambar, korang boleh dapatkan peranti ini di semua kedai konsep Vivo, eStore rasmi Vivo, pengedar-pengedar berdaftar, Lazada, Shopee dan 11street.

Untuk maklumat lanjut boleh terus check it out Vivo Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter.

Nur Farra