Siakap Keli

Bajet 2019: 4.1 Juta Isi Rumah Akan Terus Terima Bantuan Sara Hidup Ganti BR1M

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan dalam pembentangan bajet hari ini memberi berita gembira buat rakyat dengan pengumuman sebanyak 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan kewangan dengan peruntukkan RM5 bilion.

Beliau dalam pembentangan berkata, “Isi rumah berpendapatan sebulan RM2,000 kebawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.

“Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan sebanyak RM750.

“Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.”

Selain itu, kadar tambahan sebanyak RM120 diperkenalkan dalam Bantuan Sara Hidup (BSH) ini untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak yang kurang upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur.

Pembentangan bajet 2019 kali ini bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ dilaksanakan bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Nur Farra