Siakap Keli

Cuba Terbang 2 Kali ‘Tak Lepas’, Penerbangan MAS Ke New Delhi Tangguh, Penumpang Diminta Turun

Penumpang Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke New Delhi melalui penerbangan MH0190 diminta turun daripada kapal terbang selepas pihak pengurusan mengenal pasti masalah teknikal dialami pesawat berkenaan.

Menurut salah penumpang yang terlibat, kapal terbang itu cuba berlepas sebanyak 2 kali tapi tetap kembali ke ‘hangar’ (bangunan pesawat).

Sebelum itu, penumpang yang dibenarkan naik pesawat diminta turun. Kemudian, sekali lagi mereka diarahkan menaiki pesawat namun dipercayai mengalami masalah teknikal.

Kejadian itu menyebabkan mereka terkandas di dalam kapal terbang berkenaan.

Pihak MAS mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter rasmi mereka memberitahu keadaan sebenar kejadian serta memohon maaf diatas penangguhan perjalanan tersebut.

“Kami menyesal dengan apa yang terjadi.  Kelewatan berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dijangka dan kawal susulan daripada masalah operasi.  Kami memohon maaf.”

Walau bagaimanapun, pihak MAS telah menukar masa penerbangan ke 11 pagi, 12 November.

Nur Farra