Siakap Keli

Gempa Bermagnitud 5.4 Gegar Wilayah Wakayama Jepun

Satu gempa bumi bermagnitud 5.4 melanda Wilayah Wakayama di barat daya Jepun di Semenanjung Kii, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan agensi cuaca pada Jumaat.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata pusat gempa terletak di latitud 33.7 darjah utara dan longitud 135 darjah timur dengan kedalaman 50 kilometer.

Setakat ini tiada bahaya tsunami dilaporkan.  Gempa yang mencatatkan magnitud dianggarkan 5.4, ditumpukan kira-kira 50 kilometer di bawah Kii Channel yang dikelilingi oleh prefektur Wakayama, Tokushima dan Hyogo, menurut agensi itu.

Tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima kepada orang awam atau harta benda.

Sumber: Xinhua

Nur Farra