Siakap Keli

Tahukah Anda, Vanzo Satu-Satunya Jenama Pewangi Kereta Ada Sijil COA Dan Super Health Brand Yang Dijamin Selamat Untuk Diguna

Kami pasti, semua pembaca kami termasuklah SK sendiri sukakan kebersihan dan sesuatu yang berbau wangi. Lebih-lebih lagi, jika kita perlu menggunakan sesuatu setiap hari mungkin di sepanjang hidup kita. Misalnya kereta. Selain kebersihan luar kereta yang perlu sentiasa berkilat dan ruang dalam yang tidak tersisa sebarang sampah, bau dalam kereta yang wangi adalah satu perkara yang sangat penting. Betul kan?

Maka tak hairanlah, terdapat pelbagai lambakkan pewangi kereta di pasaran dan anda serta SK adalah antara yang gemar bertukar-tukar pelbagai jenis pewangi supaya hati rasa tenang setiap kali memandu. Tetapi SK nak berkongsi satu rahsia dengan anda, di pasaran Malaysia ketika ini, hanya ada satu sahaja jenama pewangi yang menerima sijil COA (Pensijilam Analisis) dan penarafan Super Health Brand seterusnya dijamin selamat dipakai. Produk tunggal tersebut adalah pewangi kenderaan jenama VANZO!

Apa signifikannya untuk pewangi kereta mendapat jaminan selamat dipakai? Untuk pengetahuan anda semua, pewangi kenderaan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan kimia, antaranya adalah FORMALDEHYDE, TOLUENE dan BENZENE. Tiga bahan kimia ini sebenarnya berbahaya kepada kesihatan anda. Jika anda perasan, anda mungkin pernah merasa pening, loya ataupun pedih mata apabila terhidu bau daripada pewangi-pewangi tidak dijamin yang mengandungi bahan kimia ini.

Berbeza dengan Vanzo yang menerima sijil COA, produknya 100 PERATUS DIJAMIN BEBAS daripada tiga bahan kimia di atas sekali gus melayakkannya menerima anugerah Asia Pacific Super Health Brand (Emerging Enterprise) 2018-2020. SK sendiri dapat rasa perbezaan apabila menggunakan pewangi yang dikeluarkan oleh Vanzo berbanding pewangi-pewangi yang lain. Yelah, siapa yang tak sayang kesihatan diri kan? Kalau sakit, bukan setakat diri sendiri susah, orang lain pun turut susah.

Selain itu, SK juga yakin bahawa produk BEBAS ALKOHOL adalah satu keutamaan kepada semua kan. Yelah, walau pewangi kereta ini tidaklah disembur pada baju dan jauh sekali untuk dijamah sebagai makanan, tapi kalau dah ada pilihan produk pewangi bebas alkohol dalam pasaran, kenapa kita harus memilih yang lain kan?

So, jaminan untuk anda, Vanzo juga menjadi satu-satunya produk pewangi kenderaan dalam Malaysia yang diuji di makmal dan diberi sijil pengesahan bahawa produk in bebas alkohol. Pewangi kenderaan lain yang mempunyai alkohol biasanya mengandungi bahan-bahan kimia seperti methanol, formaldehyde dan lain-lain lagi. Dah lah bersifat alkohol, berbahaya kepada kesihatan pula tu. Anda sudah tentu tidak mahu haruman ‘palsu’ beredar dalam kenderaan anda yang mungkin ada bayi atau kanak-kanak di dalamnya kan.

Jadi, Vanzo kekal tegas dengan idea bahawa pewangi kenderaan seharusnya menjadi sesuatu yang sihat. Justeru, bagi memastikan produk mereka merupakan produk ‘’Sifar Risiko Kesihatan’’, bermakna Vanzo juga harus menjadi pewangi yang bebas alkohol. Selain berbahaya, kandungan alkohol dalam pewangi juga menyebabkan bau pewangi tidak tahan lama. Kebiasannya, hanya pewangi kenderaan gred rendah sahaja mengandungi alkohol, manakala pewangi berkualiti tinggi seperti Vanzo menjadi satu-satunya pewangi yang tidak mengandungi sebarang alkohol.

Lebih dari itu, Vanzo menggunakan teknologi daripada Jepun. Bila sebut Jepun, anda sendiri pun sudah sedia maklum dengan kualiti kerja dan standard yang diamalkan di negara sana. Bagi menghasilkan satu pewangi kenderaan yang Selamat, Harum dan Tahan Lama iaitu selama 60 Hari, Vanzo bekerjasama dengan OGAWA & TAIYO, syarikat paling berwibawa dalam industri haruman automotif untuk mendapatkan bahan mentah.

Berbekal pengalaman gergasi Jepun ini selama 120 tahun dalam industri, Vanzo kekal komited untuk menawarkan anda produk pewangi kenderaan yang selamat, boleh diharap dan mutu yang berkualiti tinggi.

Ok, SK dah kongsi dah dengan anda kenapa anda perlu guna Vanzo, jadi seterusnya SK nak berkongsi pula mengenai aroma-aroma yang ditawarkan oleh Vanzo untuk anda. Terdapat tiga varian pewangi kenderaan yang setiapnya mempunyai aroma tersendiri. Lagi pula, tak susah untuk anda membezakan pewangi-pewangi ini kerana Vanzo hadir dengan rekaan yang elegan dan nama yang unik.

Untuk varian pertama, Vanzo hadir dengan produk diberi nama PLATINUM MUSK bercirikan kotak hitam bertulisan dakwat emas. Haruman ini pada SK SANGAT MENYENANGKAN dan TIDAK TERLALU KUAT, sangat sesuai untuk anda yang mempunyai deria bau yang sensitif. Untuk varian ini, aroma yang dikeluarkan lebih semula jadi.

Manakala varian kedua pula, dengan kotak hitam dilatari tona biru, Vanzo menawarkan untuk anda varian SQUASH, iaitu haruman sensasi buah-buahan dengan ekstra daripada lemon yang menjadi pilihan. Aromanya yang lebih kuat pasti membuatkan pagi anda lebih riang dan semangat untuk memandu ke tempat kerja.

Bagi varian terakhir, Vanzo menawarkan pewangi varian PURE SHAMPOO yang dijual bersama-sama kotak hitam bertulisan warna putih. Sesuai dengan namanya, aroma yang ditawarkan lebih menyegarkan dengan rasa sensasi shampoo.

Untuk ketiga-tiga varian ini, Vanzo menawarkan pewangi kenderaan dengan isipadu 65 MILILITER, berbanding pewangi kenderaan lain yang didatangkan dengan isipadu yang lebih kecil. Vanzo dihasilkan daripada bahan mentah yang sama diimport daripada Jepun. Seperti yang SK katakan sebentar tadi, selain disahkan selamat oleh badan antarabangsa, produk Vanzo juga mampu bertahan lama sekurang-kurangnya untuk tempoh 60 hari (2 bulan). Sangat berbaloi untuk setiap ringgit yang anda belanjakan.

Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini juga CEO Vanzo Asia Sdn Bhd, Eddie Ng Yee Heng turut tersenarai sebagai penerima Anugerah 1OO Usahawan Muda Paling Berpengaruh (100 MIYE) yang disampaikan oleh YB Mohd Redzuan Md. Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan. Antara penerima-penerima lain anugerah berprestij ini adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Dr. Sheikh Muzszaphar, Fattah Amin, Joel Noh dan Shila Amzah.

Lebih menarik, Vanzo sebenarnya merupakan pewangi kenderaan pilihan ramai seleberiti tanah air antaranya adalah Fatin Afeefa dan Alieff Irfan. Kenapa golongan artis pun memilih produk daripada Vanzo? Semua tahukan artis kerjanya memerlukan tubuh badan yang sihat dan penampilan yang ceria sepanjang masa untuk menghiburkan peminat-peminatnya. Jadi tak hairanlah kalau mereka memilih untuk menggunakan Vanzo yang sudah di jamin selamat dan menawarkan pelbagai varian aroma.

So, tunggu apa lagi. SK dah bertukar ke Vanzo untuk pewangi yang lebih harum dan yang paling penting baik untuk kesihatan.

Untuk membuat pembelian atau beli secara borong anda boleh ke :

Facebook : Vanzo Malaysia

Instagram : Vanzo_official

Website : http://www.vanzo.asia/

Kedai : Vanzo Asia Sdn. Bhd. J-G-9, Jalan PJU 1a/1, Taipan Damansara 2, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Whatsapp : www.watsap.my/601156626137

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.