Siakap Keli

(Video) ‘What a Performance’ – Aksi Atlet Luncur Ais Malaysia Bersama Mop Lantai Tarik Perhatian Dunia

Atlet luncur ais Malaysia, Julian Yee baru-baru ini tular di media sosial selepas memberikan persembahan terbaik sebagai ‘pencuci’ di Gala Exhibition at Skate America 2018.

Persembahan memukau itu sekali gus telah berjaya menempatkannya sebagai atlet Malaysia pertama yang layak ke Olimpik Musim Sejuk tahun ini pada minggu lalu, 20 Oktober.

Tanpa menggunakan prop yang sarat, persembahan dengan sebatang mop dan radio telah menjadikan Julian sebagai pemenang.Β  Tahun lalu, turut menyaksikan kejayaan Julian membawa pulang pingat emas ketika di Sukan Asia Tenggara, Kuala Lumpur.

Video Julian dengan persembahannya baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengagumi kehebatannya dalam meluncur ais berserta persembahan yang tidak dijangkakan.

Nur Farra