Siakap Keli

(Video) Ingatkan Penyangkut Baju, Kedai Mamak Kantoi Pasang Kamera Tersembunyi Dalam Tandas

Buat kaum hawa terutamanya, berhati-hati dengan taktik kotor pihak tak bertangggunjawab mengambil kesempatan terhadap mereka yang menggunakan tandas dengan meletakkan kamera CCTV tersembunyi untuk merakam gambar atau video mangsa.

Seperti yang korang tahu, kamera jenis menyerupai penyangkut baju ini biasa diletakkan di dalam tandas, bilik persalinan baju perempuan, atau di beberapa bahagian di dalam hotel mahupun kedai.

Penyangkut baju yang mempunyai kamera ini mengandungi memori kad untuk menyimpan bahan yang dirakam.  Jika ternampak penyangkut jenis ini ataupun sebarang dot/titik merah bermakna ada kamera tersembuyi dipasang di dalam ruang bilik atau tandas tersebut.

Baru-baru ini tular rakaman video kamera tersembunyi berjaya dijejak di tandas sebuah restoran mamak di ibu kota.  Kamera persis penyangkut baju itu diletakkan tanpa mengetahui motif sebenar dan rata-rata netizen berpendapat ia adalah bagi tujuan tidak sepatutnya.

Ada juga diantara netizen yang mengulas kamera tersebut mudah didapati melalui platform online dengan pelbagai reka bentuk.

Cara kesan kamera tersembunyi

  1. Periksa sekeliling bilik dan perhatikan mana-mana barang yang ada di dalam bilik yang kelihatan curiga seperti susunan bunga dalam pasu, gambar yang tergantung di dinding dan sebagainya. Periksa sekali smoke detector atau speaker, manalah tahu ada kamera tersembunyi dipasang di dalamnya.
  2. Periksa juga wayar yang mencurigakan.
  3. Dengar dengan teliti dan pastikan keadaan bilik tu sunyi. Biasanya kamera tersembunyi ni akan mengeluarkan bunyi click atau buzz bila beroperasi.
  4. Tutup lampu dan perhatikan jika ada lampu kecil yang berwarna merah atau hijau.
  5. Guna handphone dan cuba telefon seseorang. Jika ada bunyi yang menganggu panggilan tesebut, maknanya panggilan tersebut diganggu oleh electromagnetic field dari alatan lain seperti kamera.

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di