Siakap Keli
Gambar : Bernama --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Sukar Dilaksanakan – Lim Guan Eng

Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti dijanji Pakatan Harapan sukar direalisasikan berikutan kedudukan fiskal negara, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau akui kerajaan dihujani kritikan, selepas pengumuman baharu dibuat berhubung isu itu dalam Belanjawan 2019 baru-baru ini, bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.

“Saya terima kritikan ini (kerana kita memang) nak laksanakan (janji untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN), cuma (ia sukar dilakukan apabila) melihat kepada kedudukan fiskal negara.images

“Apa saja boleh dilakukan kerajaan ketika ini? Kalau Jho Low (ahli perniagaan Low Taek Jho), tidak ambil RM50 bilion, sudah pasti ia boleh dilakukan, tapi apa boleh buat,” katanya kepada sumber ketika ditemui selepas pelancaran FundMyHome.com, satu platform digital pembelian rumah menerusi skim pendanaan awam hartanah.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dilapor berkata mana-mana peminjam berpendapatan RM4,000 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik PTPTN, sebagai usaha kerajaan meringankan bebanan rakyat.

Bagaimanapun, Lim pada pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lepas mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM1,000 akan dikenakan potongan gaji berkadar antara dua hingga 15 peratus.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.