Siakap Keli

(Video)Hafiz Syahrin Catat Sejarah, Jadi Rakyat Malaysia Pertama Duduki Senarai 10 Terbaik MotoGP Di Litar Sepang

Sebentar tadi, tamatnya perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang memberikan satu khabar gembira buat rakyat Malaysia khususnya buat peminat-peminat sukan lumba motor.

Wakil tunggal negara yang beraksi dalam kelas perdana siri MotoGP, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 biarpun memulakan perlumbaan daripada Petak ke-23.

Ternyata, pencapaian luar biasa itu berjaya menempatkan namanya sebagai satu-satunya rakyat Malaysia yang berjaya menduduki senarai 10 terbaik di sepanjang penganjuran perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang.

Hafizh yang diberi jolokkan ‘El Pescao’ yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech 3 sebelum ini sudahpun mencatatkan rekod membanggakan apabila menjadi pelumba pertama Asia Tenggara yang berjaya membuktikan kemampuan diri untuk bersaing dalam kategori perdana MotoGP. Umum sudah mengetahui bahawa perlumbaan kelas ini dimonopoli oleh pelumba-pelumba daripada Eropah.

Selain keputusan memberansangkan di Litar Antarabangsa Sepang, Hafizh di sepanjang musim ini mempamerkan tungangan mantap dan sering menamatkan pelumbaan dalam kalangan 17 pelumba terbaik. Pencapaian terbaiknya adalah menduduki tangga kesembilan dalam perlumbaan yang berlangsung di Argentina, 9 April lalu.

Dalam usahanya mencari kedudukan terbaik untuk menamatkan kedudukan keseluruhan yang lebih baik bagi musim ini, Hafizh juga bersaing rapat dengan pelumba Itali, Franco Morbidelli untuk anugerah Rookie Of The Year MotoGP.

Ketika ini, Hafizh berada di kedudukan 16 secara keseluruhan dengan mengumpul sebanyak 40 mata, ketinggalan 10 mata di belakang Mobidelli yang berada di tangga ke 14 dengan berbaki satu perlumbaan lagi.

Tamat perlumbaan tadi, Marc Marquez yang berjaya menduduki podium pertama disahkan menjadi Juara Dunia MotoGP musim ini setelah berjaya mengumpul 321 mata keseluruhan, meninggalkan dua pelumba Itali, Andrea Dovizioso di tempat kedua dengan 220 mata dan Valentino Rossi di tempat ketiga dengan 195 mata.

Tahniah Hafizh Syahrin.

Sumber : Motosport.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.