Siakap Keli

(Video)”What’s Going On?”, Peguam Terkenal Indonesia Musykil Kotak Hitam Lion Air Boleh Pecah

Peguam terkenal Indonesia, Hotman Paris tampil melalui Instagramnya untuk menyurakan rasa janggalnya mengenai bahagian Voice Cockpit Recorder (VCR) pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lalu.

Ujarnya, beliau merasa hairan kerana berdasarkan pengalaman dan perkongsian maklumat dengan pakar-pakar aviasi, bahagian kotak hitam pesawat adalah bahagian paling kukuh pada pesawat, sekaligus merasakan ada yang tidak kena apabila VCR boleh terpisah daripada kotak hitam.

Beliau mendakwa, dalam keadaan normal katanya, VCR sepatutnya sudah ditemui kerana ia merupakan sebahagian daripada kotak hitam iaitu Flight Data Recorder (FDR).

Justeru beliau berpendapat, adalah sesuatu yang luar biasa sekiranya kotak hitam boleh pecah dan VCR boleh terpisah daripada kotak hitam berkenaan.

”Saya sudah 35 tahun dalam dunia undang-undang, menyelesaikan pelbagai masalah dan menyelamatkan klien. Dalam sejarah hidup, saya bertanya pada ramai orang. Belum pernah kotak hitam pesawat terpecah dua.

”Sepatutnya, kotak hitam pesawatlah yang paling kukuh. Kalau kotak hitam tidak selamat dalam kemalangan, bagaimanakah kita mahu mencari kebenaran, akhirnya menjadi kabur dan anda tahu sendiri hasilnya nanti.

”Saya bertanya kepada pakar, belum pernah ada berita kotak hitam boleh pecah, apa yang terjadi?.”

Sumber : Tribun News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.