Siakap Keli

Pemain Leicester City Turun Ke Thailand Bagi Penghormatan Terakhir

Bintang-bintang Leicester City tiba di Thailand bagi menghadiri upacara pengebumian pemilik kelab yang terbabit dalam nahas helikopter terhempas minggu lalu sebaik sahaja berlepas dari Stadium King Power Leicester, England.

Selain Vichai Srivaddhanaprabha, Nusara Suknamai, Kaveporn Punpare, juruterbang, Eric Swaffer dan pasangan, Izabela Roza antara yang terkorban.

Majlis itu dilaksanakan selama 7 hari dengan kehadian Foxes selepas kemenangan mereka menentang Cardiff 1-0.

Selain bintang bola sepak kelab tersebut, kerabat diraja serta individu hebat dalam sukan antara tetamu yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemilik kelab Leicester City itu.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra