Siakap Keli

“Tarik Balik Gambar Diviralkan,” Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

Tular di media sosial apabila sekeping nota mohon maaf didakwa daripada seorang lelaki yang telah mencuri sebanyak 28 biji kerusi di sebuah restoran di Tumpat, Kelantan memulangkan kembali kesemua kerusi setelah gambarnya di viralkan.

“Kita dah hantar balik, tolong tarik report dan tarik balik gambar diviralkan, saya mohon maaf banyak-banyak.”

Nota tersebut dipercayai ditampal di kawasan kedai selepas 24 jam suspek mencuri dan diviralkan video kecurian tersebut melalui laman Facebook.

Kejadian berlaku apabila rakaman video suspek ditangkap melalui kamera cctv milik restoran berkenaan tular dengan gelagat 2 lelaki menaiki motosikal sedang asyik ‘mengambil’ 28 biji kerusi plastik.

Video tersebut diviralkan pemilik kedai bertujuan memberi amaran kepada pemilik restoran lain untuk berhati-hati dengan aktiviti pencuri yang tidak bertanggungjawab.

Nur Farra