Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tragis, Kanak-Kanak Dipenggal Kepalanya Kerana Enggan Layan ‘Nafsu Binatang’ Jirannya

Seorang kanak-kanak malang berusia 13 tahun di India menjadi mangsa seterusnya dalam siri keganasan seksual yang sedang menghantui negara di Asia Selatan itu.

Menurut laporan Dailymail, kanak-kanak tersebut telah dipenggal kepalanya menggunakan farm hook setelah enggan melayan permintaan seks daripada jirannya yang lebih dewasa. Selain dipenggal, kanak-kanak berkenaan sebelum itu turut diserang dengan teruk menggunakan peralatan berkenaan sebelum dibunuh.

Menurut laporan media tempatan, suspek yang dikenali sebagai Dinesh Kumar bertindak demikian dalam kejadian yang berlaku di Attur, Tamil Nadu.

Pihak berkuasa yang menyiasat kes berkenaan menolak kemungkinan bahawa suspek mengalami masalah mental sehingga sanggup bertindak kejam ke atas mangsa yang masih lagi kanak-kanak.

Mangsa yang bersekolah di kawasan berdekatan sebelum ini pernah memaklumkan kepada ibunya bahawa sering diganggu secara seksual oleh suspek.

Ibu bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh dan dipercayai berada pada kasta lebih bawah daripada suspek dikatakan antara punca suspek sanggup bertindak ganas sedemikian.

News8, stesen televisyen tempatan sendiri turut melaporkan bahawa Kumar ditahan dan didakawa atas kesalahan keganasan berasaskan kasta yang diguna pakai di India sejak 1989.

Dailymail turut melaporkan bahawa di India, penganut agama Hindu dibahagikan kepada 4 kasta iaitu Brahmin (alim agama dan cendekiawan), Kshatriyas (pahlawan), Vaishyas (pedagang) dan Shudras (pekerja).

Berdasarkan empat kategori utama di atas kemudian wujud sekitar 3,000 kasta dan 25 ribu sub-kasta yang diasaskan berdasarkan jenis pekerjaan masing-masing.

Namun, kasta paling bawah yang dikenali sebagai Dalit seringkali dinafikan hak pendidikan dan pekerjaan. Malah, mereka turut dinafikan daripada menjadi sebahagian sistem empat Varna di atas.

Dalit juga dianggap sebagai ‘tidak boleh disentuh’ dan diluar sistem kasta. Walaupun India berusaha untuk keluar daripada sistem kasta dengan memperkenal pelbagai undang-undang baru, namun jenayah terhadap kasta lebih rendah masih lagi berlaku.

Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India sendiri menyatakan terdapat lebih daripada 47 ribu kes jenayah berlaku terhadap kasta lebih bawah pada 2016.

Radhika Ganesh adalah antara aktivis di India yang lantang memperjuangkan hak-hak golongan Dalit.

”Kenapa undang-undang yang diperkenalkan tidak dikuatkuasakan?

”Insiden keganasan seperti ini sering berlaku. Apabila kita mendesak ke arah penguatkuasaan undang-undang, kita perlu mempersoalkan kesungguhan politik dan lemahnya kesungguhan politik di India.

”Punca sebenar keganasan ini berlaku adalah pengamalan kasta politik tertinggi dalam kalangan ahli politik. Kerana itulah, wujudnya masalah penyalahgunaan kuasa ini.

”Amalan kasta diamalkan secara terbuka di Tamil Nadu. Semua orang berdiam diri dan sikap itu menyemarakkan keganasan berlaku di sekeliling masyarakat,” katanya.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di