Siakap Keli

(Video) Ini Apa Doktor Akan Lakukan Untuk Selamatkan Bayi Jika Tidak Bernafas Sebaik Dilahirkan

Sekumpulan tenaga perubatan pasti akan cuba lakukan yang terbaik bagi memastikan ibu yang baru bersalin dan anak yang dilahirkan selamat sehingga semunya selesai.

Sudah pasti ramai di luar sana tidak tahu akan apa sebenarnya berlaku di dalam bilik persalinan semasa seorang ibu yang hendak melahirkan anak bersama para petugas perubatan lakukan sehingga bayi berjaya lahir.

Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat yang bakal dikongsikan ini pasti akan membuatkan anda kagum dengan kerja dan kegigihan setiap daripada doktor, jururawat dan petugas perubatan lain ketika menyambut bayi baru lahir.

Ini kerana apabila ibu melahirkan anak, ada pelbagai kes terjadi terutamanya kompilasi semasa bersalin, berikut kami kongsikan video tugas getir kakitangan perubatan berusaha menyelamatkan seorang bayi yang tidak bernafas semasa dilahirkan dan cuba untuk menyelamat bayi berkenaan.

Adegan rakaman awal menunjukkan salah seorang doktor memegang kaki bayi tersebut dan membalikkan badannya ke bawah tanpa sebarang pergerakkan daripada bayi itu.  Pun begitu, bayi yang masih bertali pusat berkenaan, masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Meruntun hati apabila tubuh bayi tersebut ditekan-tekan, dibolak-balik dan diberi bantuan pernafasan berkali-kali.

Selepas beberapa minit badan bayi yang tadinya biru bertukar merah, menunjukkan susuk tubuh itu mula bernafas.

Tabik hormat kepada setiap daripada doktor yang bertungkus lumus ‘menghidupkan’ bayi ini.  Semoga ibu dan bayi sihat serta membesar dengan baik.

Mungkin keadaan ini pernah terjadi kepada kita semasa dilahirkan dulu atau pun anak kita semasa dilahirkan.

Video ini telah dikongsi lebih 20,000 orang dengan like hampir 40,000.

Nur Farra