Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) Makanan Dari Malaysia Tersenarai Di Muzium Makanan Paling Memualkan Di Dunia

Apabila menyebut mengenai makanan, ia adalah sesuatu yang subjektif, mungkin ‘yekkk’ pada kita tapi ‘yumm’ pada individu yang lain.

Tidak perlu mengambil contoh terlalu jauh, cukuplah sekadar menyebut ulam petai dan buah jering misalnya, ada yang bertambah nasi bila dibuat sambal. Tetapi ada sahaja yang baunya sahaja pun sudah mampu membuatkan dirinya terasa mual.

Kami pasti, ramai daripada kita sedia maklum dan mengenali pelbagai makanan yang enak ada di Malaysia, tambah-tambah kita cukup bertuah kerana di tanah air ini kita dirahmati dengan masyarakat yang pelbagai. Pelbagai bangsa pada masa yang sama juga maksunya pelbagai makanan la kan. Nasi lemak, roti canai, pelbagai juadah mee dan kuetiau, di mana-mana sahaja, baik restoran mewah atau di tepi jalan, bukanlah sukar untuk di cari.

Tetapi itu kalau kita nak bincang mengenai makanan yang sedap la, bagaimana kalau disebut mengenai makanan paling busuk, paling tidak enak, atau paling apa sahajalah yang tidak sedap dimakan, boleh tak anda buat senarai? Tentu sukar bukan.

Dek kerana itulah, Dr. Samuel West mendapat idea untuk mendirikan sebuah muzium yang dikenali sebagai Muzium Makanan Paling Memualkan dan muzium tersebut terletak di Malmo, Sweden. Jangan terkejut, salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia pun turut tersenarai.

1. Bull Penis

Kami pun tak tahu bahawa ada orang yang gemar memakan Bull Penis. Tapi jangan terkejut ya, kerana Bull Penis adalah antara makanan kegemaran orang Asia Timur terutama di negara China dan Korea Selatan.

Di Beijing, terdapat sebuah restoren yang menjadikan bahagian kemaluan haiwan sebagai makanan dan sudah tentu, bukan Bull Penis sahaja yang dihidangkan.

Di China, semangkuk sup bahagian kemaluan haiwan ini dianggap sebagai makanan yang mengenakkan. Turut dicampur ketika mereneh sup ini termasuklah daging haiwan-haiwan eksotik seperti kura-kura dan keldai. Bagi orang China, mengamalkan sup kemaluan binatang mempunyai kebaikkan yang tersendiri.

2. Guinea Pig

Tidak pasti di tempat lain, tetapi di Peru, guinea pig yang termasuk dalam keluarga tikus ini adalah satu juadah yang wajib dicuba jika melancong ke sana.

Mungkin di negara lain, termasuk Malaysia, haiwan comel ini dipelihara, namun di Peru, haiwan asli negara tersebut kebiasaannya berakhir di atas pinggan ketika menjamu selera.

Antara cara daging guinea pig disediakan adalah dengan memanggangnya atau pun dimasak secara penuh, maksudnya tiada bahagian yang dibuang kecuali bahagian dalam.

Guinea pig juga menjadi pilihan orang-orang Arequipa untuk disediakan sebagai dua juadah, cuy chactado iaitu guinea pig akan dipenyek hidup-hidup dibawah batu sebelum digoreng dan cuy al palo iaitu dibakar. Mujur mereka tidak tahu cara masak kari atau rendang.

3. Casu Marzu

Bukan semua keju daripada Sicili memang mempunyai ulat. Tetapi ada tujuan dibiarkan sebegitu lama sehingga wujud ulat diatasnya.

Katanya, keju yang dibiarkan terkompos sehingga terhasil ulat mempunyai rasa dan bau yang lebih lembut. Keju berulat yang terkenal adalah Casu Marzu. Keju jenis ini sudahpun diharamkan di beberapa buah negara Eropah.

Untuk menghasilkan casu marzu, ia melibatkan proses yang memakan masa ratusan tahun dan menjadi satu kebanggaan penduduk tempat asal makanan ini, iaitu Sardinia di Itali.

Prosesnya penapaian keju ini dimulakan dengan meletakkan ulat cheese secara sengaja di atas keju tersebut. Hasilnya keju akan menjadi lebih lembut kerana bantuan ulat tadi sehinggakan sesetengah keju berubah bentuk menjadi seperti cecair berbanting bentuk asal yang pejal.

Bayangkan, keju ini dipenuhi bau amonia dan dikatakan baunya boleh berkekalan sehingga berjam-jam lamanya selepas dimakan. Sesetengah orang memilih untuk membuang terlebih dahulu ulat tersebut sebelum menggunakan Casu Mazu dalam masakkan, namun ada juga yang tidak kisah untuk memakannya sekali.

4. Durian

Nah, makanan kegemaran rakyat Malaysia. Mat Salleh ni mengada, keju ulat boleh pulak makan, tapi durian yang enak dikatanya busuk. Tak faham lah.

Mungkin mereka belum memcuba makan durian seperti gaya orang Malaysia. Pulut durian, cendol duruan, manisan berasaskan durian, ais krim dan paling penting adalah gulai lemak masak tempoyak. Masa tu, baru tahu betapa enaknya durian kan.

5. Jell-O-Salad

Satu-satunya punca jeli ini dimasukkan ke dalam senarai manakan paling memualkan adalah kerana sayur-sayuran seperti lobak, kekacang dan pelbagi lagi dimasukkan ke dalam jus jeli ketika proses mengeraskannya.

Jell O Salad seringkali dihidangkan dalam budaya orang-orang barat ketika menyambut Hari Kesyukuran bagi penganut agama Kristian.

6. Salmiakki

Jika menyebut mengenai coklat, yang terbayang diminda tentulah rasa kemanisan dan lemak buah koko. Kalau ke Langkawi, tak sah kalau tak beli ciklat yang dijual disana kan.

Tetapi lain pula di negara-negara Nordik dan sebahagian masayarakat di Jerman, coklat yang digemari bukannya manis, tetapi masin. Macam pelik kan bila tahu kewujudan coklat masin. Mana nikmatnya coklat?

Salmiakki juga disebut sebagai samiacci salt (sal ammoniac). Sesuai dengan namanya, prsoses penghasilannya tidak pun melibatkan garam, tetapi melibatkan penggunaan ammonium chloride, satu sebatian kimia yang mempunyai rasa yang sangat pahit. Proses penghasilan salmiakki melibatkan pencampuran bahan asas dengan bahan kimia lain. Jika salmiacci salt asasnya adalah  amonia, selalunya bahan lain yang ditambah adalah hydrochloric acid atau hydrogen chloride.

7. Root Beer

Root beer adalah minuman yang menjadi kegemaran di Amerika Syarikat termasuklah di beberapa buah negara lain, namun di negara Eropah, root beer lebih dikenali sebagai spit beer. Maka tak hairanlah root beer termasuk di dalam senarai makanan paling memualkan di dunia.

Jangan tersilap, root beer terbahagi kepada dua. Root beer beralkohol dan tidak beralkohol. Biasanya root beer mempunyai perisa sassaparilla. So, jangan tersilap beli pula okay.

8. Spicy rabbit heads

Sekali lagi, makanan daripada China iaitu spicy rabbit head ataupun kepala arnab pedas memasuki senarai makanan paling memualkan di dunia.

Berasal daripada wilayah Sichuan, penduduknya memang tak sah kalau tak suka makanan pedas. Ketika budaya-bidaya lain mengelak untuk memakan bahagian seperti organ dalaman, kaki dan kepala binatang, di China, bahagian-bahagian ini malah mempunyai menu khasnya yang tersendiri, dan ini termasuklah kepala arnab pedas.

Walaupun berasal daripada China, namun menu kepala arnab pedas ini agak sukar untuk ditemui di luar Sichuan.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang memualkan dipamerkan di muzium ini. 8 makanan di atas hanyalah sebahagian daripadanya sahaja.

So macam mana, agak-agak ada tak dalam senarai makanan paling memualkan ini (kecuali durian), anda fikir anda tidak ada masalah untuk mencubanya?

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=hcVF3YPyBOE]

 

Sumber : CNN Travel, Daily Mail, Seriouseats, NY Times, Express UK, Time Travel Turtle, CN Travel

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.