Siakap Keli

(Video) Mutu Pengadilan Teruk Dikritik, Subkhiddin Letak Jawatan Exco FAM

Pengadil bola sepak lagenda tanah air yang pernah beberapai muncul di pentas Piala Dunia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh dilaporkan akan melepaskan jawatannya termasuk jawatan Exco serta merta bermula hari ini.

Tindakkannya itu dipercayai ada kaitan dengan kritikan demi kritikan terhadap mutu pengadilan pengadil bola sepak Liga Malaysia yang berada di bawah seliannya. Antara kritikkan terbaru adalah ketika perlawanan akhir Piala Malaysia yang lalu membabitkan Terengganu menentang Perak yang diadili oleh Suresh Jayaraman.

Jika anda menonton perlawanan akhir tersebut, ada beberapa keputusan Suresh yang boleh dipertikaikan termasuklah insiden kekasaran yang dibiarkan, layanan dua kad merah, pembatalan gol Perak serta kedudukan penjaga gol ketika sepak penalti diambil. Malah, pengadilan Suresh juga dicemuh di media sosial dan dijadikan bahan lawak.

Walaupun Subkhiddin sebelum ini menjawab kritikan-kritikan yang dilemparkan kepada Suresh antaranya memaklumkan bahawa Suresh adalah pengadil paling layak untuk mengadili perlawanan akhir selain berpengalaman mengadili perlawanan-perlawanan Liga Super dan Liga Perdana.

Selain Suresh dikritik netizen, ada orang penting yang pernah mengetuai persatuan bola sepak negeri tertentu sebaliknya menyasarkan Subkhiddin dan memintanya melepaskan jawatan kerana didakwa gagal menjalankan amanah yang diberikan.

Perletakkan jawatan Subkhiddin menjadi viral setelah setelah tular satu rakaman video di media sosial.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.