Pernah menjadi salah seorang peserta Fear Factor Malaysia, Shuib, pelawak dan usahawan terkenal mencabar dirinya sekali lagi dengan menyelubungi seluruh anggota badan dengan 100,000 ekor lebah hidup hari ini.
Cabaran #beemanchallenge ini dilangsungkan secara langsung tengahari tadi melalui Facebook rasmi miliknya di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka.
Shuib Sepahtu dan Pablo Amirul akhirnya berjaya mencipta rekod baru dengan menerima sijil Malaysia Book of Records dalam Program Cabaran Artis Malaysia sebagai ‘Lelaki Lebah’ selepas dihurung 340,000 ekor lebah.
Sebelum itu, Shuib meminta orang ramai supaya mendoakan keselamatannya sepanjang aksi ngeri itu berlangsung.