Siakap Keli

Bapa Terlanggar Anak 3 Tahun 2 Kali Dengan Van

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun digegaskan ke hospital selepas dilanggar bapa sebanyak 2 kali tanpa sengaja.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.35 malam di kawasan Grand Haven, Michigan.

Pegawai Polis, Ottawa County berkata, kanak-kanak tersebut mungkin terjatuh atau melompat daripada van yang dipandu bapanya.

Apabila mendengar jira-jiran sekeliling berteriak memintanya menghentikan van, ketika itu tayar kereta tersebut telah ‘melenyek’ anaknya.

Tanpa merasakan apa-apa yang pelik, lelaki berkenaan mengundurkan kereta dan melanggar anaknya sekali lagi.

Kejadian itu menyaksikan bapa tersebut melanggar anaknya sebanyak 2 kali dengan memandu van miliknya ke depan dan semasa mengundurkan kenderaan.

Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital dengan kecederaan di bahagian kaki.

Sumber: Wood TV 

Nur Farra