Siakap Keli
Gambar : TribunJakarta.com/Gerald Leonardo Agustino

Bukan Meletup Di Udara, Enjin Pesawat Dalam Keadaan Hidup Bukti Lion Air Berkecai Saat Menyentuh Air

Pelbagai andaian dikeluarkan susulan terhempasnya pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang isnin lalu. Bukan sahaja kesemua 189 penumpang beserta anak kapal terkorban, malah mangsa dan badan pesawat juga hancur berkecai di lautan.

Susulan itu, timbulnya dakwaan bahawa pesawat meletup di udara terlebih dahulu dan ketika jatuh di laut ia menjadi serpihan seperti yang dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Namun, Majlis Keselamatan dan Pengangkutan Indonesia (KNKT) menyangkal dakwaan tersebut dengan mendedahkan fakta terbaru setelah bahagian badan kapal yang besar, roda dan enjin pesawat malang itu dijumpai.

Gambar : Roda pesawat Lion Air ; Tribun News/Puspen TNI/Puspen TNI

Menurut KNKT, enjin pesawat masih berada dalam keadaan yang aktif sesaat sebelum jatuh ke laut.

“Mesin dalam keadaan hidup dan putarannya cukup tinggi saat menyentuh air,” kata Ketua KNKT, Soerjanto Tjahjono kepada media tempatan.

Data tersebut diperolehi KNKT dari siasatan yang dilakukan di bahagian mesin pesawat Lion Air yang berjaya ditemukan oleh Basarnas khamis lalu.

“Dilihat dari hasil penemuan itu, mesin dalam keadaan hidup dan revolusi per minit (RPM) tinggi. Mesin berputar tinggi saat menyentuh air,” katanya.

Gambar : Lion Air (Yosua Sancaka)/KOMPAS.com (NIBRAS NADA NAILUFAR)

Soerjanto juga menegaskan bahwa pesawat Lion Air JT 610 itu tidak meletup di udara sebelum terhempas.

Penyiasatan awal oleh KNKT menunjukkan adanya kemungkinan pesawat berkenaan hancur saat bertembung dengan permukaan laut.

“Berbeza ya. Kalau meledak di atas, (sebelum menyentuh air), tentu serpihan pesawatnya luas. Tapi ini tidak. Jadi, pesawat ini jatuh dan hancur saat bersentuhan dengan air,” tegas Soerjanto.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, KNKT masih perlu menganalisa data yang terdapat dalam kotak hitam Lion Air yang dijumpai.

Proses analisa yang bermula semalam dilaporkan akan mengambil masa yang lama agar semua data boleh dipastikan kesahihannya sebelum penyebab jatuhnya pesawat Lion Air JT610 dapat dirungkai secara jelas dan terperinci.

Sumber : Tribun News

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di