Siakap Keli

Dalam Perjalanan Peti Ais Jatuh Tengah Jalan, Pemilik Kedai Ganti Baru, Tak Sangka Rezeki Lepas Tu Datang Bergolek

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Melalui urusan jual beli, kita sebagai peniaga perlu bertolak ansur dan berlemah-lembut sepanjang proses itu kerana ia secara tak langsung akan menarik lebih ramai pelanggan.

Tak dinafikan, pelbagai ragam pelanggan yang ada.  Tambahan pula jenis perniagaan yang melibatkan perkhidmatan dan seangkatannya yang memerlukan kesabaran tinggi demi untuk memuaskan hati pelanggan.

Pun begitu, ada juga pelanggan yang mengambil kesempatan diatas kebaikan yang dihulur.  Dari situ, sebagai peniaga perlu lebih berhati-hati dan mengambil perkara itu sebagai pengajaran untuk lebih maju pada masa akan datang.

Sama seperti apa yang telah dilakukan pemuda ini, Hazwan Syafiq pemilik kedai barangan elektrik terpakai berhadapan dengan situasi yang membuatnya terpaksa ‘mengorbankan’ keuntungan.  Tapi, apa yang dia dapat selepas itu sangat mengejutkan.  Mari baca perkongsian dibawah, semoga bermanfaat!

Dalam rugi banyak untung. Betul ke? Baca ni

Ada seorang Pakcik buka kedai makan datang beli peti, bawa balik sendiri dengan Hilux miliknya. Tup tup setengah jam kol balik, cakap peti terjatuh dari Hilux. What! Siap salahkan staff ambe ikat tak kemas.  Lagi best jatuh betul betul tengah jalan!

Dalam fikiran peti tu rosak sikit je, datang pun niat nak tolong angkat. Sekali sampai tengok betul-betul jahanam.  Kalau kereta ni kira total lost la..(boleh tengok gambar) Tengok tali yang ikat peti tu putus tengah.  Sah tali Pakcik ni yang reput.  Pakcik ni pula keep duk tanya.  Camne eh dik?? Camne eh dik? Pakcik takde duit dah ni!

Kalau korang buat apa?? Suruh Pakcik tu beli yang lain? Rm800 kot peti tu.

Yes of course bukan salah kami, warranty 3 bulan takkan cover kes jatuh dari Hilux sendiri.  Salah dia sendiri pakai tali reput.  Tapi entah kenapa boleh keluar dari mulut ni,

“Takpela Pakcik, yang jatuh ni biarlah.  Pakcik datang ambil yang lain di kedai.” Rugi kan?

Selang 2-3 minggu lepas kes peti jatuh tu ramai customer yang datang bawak nama Pakcik tu.  Cakap Pakcik tu promote suruh beli peti/mesin basuh kat sini.

“Majid kedai makan Pekan tu yang suruh tengok tengok kat sini peti sejuk, dia kata murah.”

Terus ambe terfikir, kalaulah aku buat keras kepala pertahankan hak kata peti yang jatuh tu bukan salah kami, tentu takkan jadi camni. Silap-silap pakcik tu pulak bawak cerita buruk pasal kedai ambe.  10-11 orang jugakla customer yang pakcik tu rekemenkan dalam diam.  Sangat berbaloi rasa ganti peti pakcik tu.  Rugi kes peti jatuh tapi banyak keuntungan yang dapat.

Actually tak rugi pun kes peti jatuh tu, masih dapat balik modal.

Moral of the story:

  • Jaga hubungan dengan ALLAH sebaik baiknya ; habluminALLAH habluminannas
  • Fikir sedalamnya sebelum buat sesuatu keputusan, ianya akan mempengaruhi kehidupan kita
  • Dalam rugi banyak untung, yang paling berbaloi adalah PENGALAMAN!

Yang tinggal disekitar Kuatan tu boleh singgah ke Peti Sejuk & Mesin basuh Refurbish – Kuantan ya..tenkiu

#belajarmenulis
#DrBisnes

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di