Mariah Carey, penyanyi antarabangsa terkenal bakal melangsungkan konsert jelajahnya malam ini di Taman Lumbini, Candi Borobudur, Jawa Tengah.
Apa yang menarik untuk Konsert Live Mariah Carey kali ini, pihak pengurusannya telah mempersiapkan bomoh hujan supaya acara tersebut berjalan dengan lancar.
“Untuk langkah selamat, bomoh hujan sudah kami siapkan. Kami juga telah menghubungi Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) tentang cuaca,” kata Anas sebagai Ketua Pengurusan Acara.
Menurutnya, pihak pengurusan Mariah Carey turut mengambil berat soal cuaca pada malam ini.
“Mereka sangat prihatin dengan keadaan cuaca. Semoga tidak hujan. Kita do sama-sama untuk tidak hujan.”
Sumber: Hot.Detik