Siakap Keli
Gambar : freemalaysiatoday

Larangan Merokok: Perokok Diberi Amaran Dalam Tempoh 6 Bulan Sebelum Disaman

Kementerian Kesihatan akan menggunakan pendekatan  memberi amaran terlebih dahulu kepada perokok dalam tempoh enam bulan selepas larangan merokok di semua premis makanan dikuatkuasakan mulai 1 Jan depan.

Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata tindakan itu bertujuan untuk mendidik perokok supaya tidak merokok di kawasan larangan dalam memastikan orang awam bebas pencemaran asap rokok.

Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya akan mengeluarkan saman terhadap perokok yang masih berdegil merokok di premis makanan selepas tempoh berkenaan.

“Sepanjang tempoh (enam bulan) itu, kami akan bagi amaran lisan kepada perokok jika mereka merokok di restoran atau premis makanan berkonsep terbuka atau restoran tanpa penyaman udara.

“Jika perokok enggan mematuhi amaran itu (selepas tempoh itu) dan masih meneruskan merokok, mereka akan disaman dengan segera,” katanya kepada sumber.

Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng turut meminta pemilik premis makanan supaya memaparkan amaran larangan merokok dan tidak meletakkan bekas abu rokok di atas meja.

“Langkah ini bagi mengelakkan pelanggan merokok di premis makanan,” katanya.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di seluruh negara termasuk warung di tepi jalan, serta tindakan turut diambil terhadap perokok berkuat kuasa 1 Jan tahun depan dan cadangan itu sudah diluluskan kerajaan.

Langkah itu merupakan inisiatif kementerian bagi memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017 dan ia merupakan antara inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di