Siakap Keli
Gambar : Mirror UK

Seluruh Pulau Ini Hilang, Kerajaan Lancar Misi ‘Mencari Dan Menyelamat’

Satu misi pencarian dilancarkan di luar pantai Jepun selepas sebuah pulau dilaporkan hilang secara keseluruhannya.

Pulau kecil Esanbehanakitakojima yang tidak didiami itu digunakan untuk menandakan kawasan perairan wilayah Jepun.

Ia terletak kira-kira 500 meter dari pantai kampung Sarufutsu berhampiran hujung utara Hokkaido.

Gambar : Mirror UK

Difahamkan, pulau tersebut adalah salah satu daripada 158 pulau yang tidak berpenghuni dan diberi nama oleh kerajaan pada 2014 untuk menandakan perairan Jepun dengan jelas.

Di bawah undang-undang antarabangsa, pulau-pulau boleh ditakrifkan sebagai pulau hanya jika ia dapat dilihat di atas permukaan laut walaupun dalam keadaan pasang surut.

Sekiranya Esanbehanakitakojima tenggelam di bawah permukaan air laut, perairan wilayah Jepun akan menyusut.

Gambar : Kerajaan sudah memulakan misi mencari, Mirror UK

Menurut Pengawal Pantai Jepun, Esanbehanakitakojima ditinjau pada tahun 1987 dan rekod menunjukkan pulau kecil tersebut terjulur 1.4 meter di atas paras purata laut.

Tomoo Fujii, seorang pegawai kanan pengawal pantai memberitahu pemberita: “Ada kemungkinan bahawa pulau ini telah terhakis oleh angin dan salji dan sebagai akibatnya, ia telah hilang.”

Pengawal pantai merancang untuk menyiasat kawasan tersebut bagi memastikan navigasi selamat bagi kapal.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.