Siakap Keli

Antara Mak Dan Isteri, Mana Lebih Penting? Baca Penjelasan Lelaki Ini

Topik di anatara mak atau isteri, yang mana lebih penting ini bukanlah lagi suatu isu yang baru dikalangan pasangan yang telah berumah tangga.

Telah menjadi keutamaan kepada anak  untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa kecuali sekrianya diminta untuk berbuat perkara yang tidak baik. Dalam menolak permintaan ibu bapa juga perlu dilakukan dengan cara yang baik agar tiak menyinggung perasaan mereka.

Setelah berkahwin pula, anak-anak tetap harus mentaati kedua orang tua terutamanya anak lelaki. Tetapi, setelah seseorang Muslim itu bernikah,  mereka akn menggalas tanggungjawab baru yang tidak kurang pentingnya di sisi agama.

Gambar hiasan

Kegagalan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kerana lantaran terlalu sibuk dengan ibu atau bapa sendiri sehingga mengabaikan keluarga baru iaitu isteri dan anak-anak juga merupakan sesuatu yang dilarang agama.

Dalam isu hubungan antara suami bersama isteri dan ibu atau bapa, banyak keadaan di mana suami kadangkala terhimpit diantara mengikut kata ibu atau isteri. Lantaran itu, penting bagi seorang suami mempunyai kepimpinan yang tinggi dan berani membuat keputusan yang tepat, walaupun kadangkala menyinggung hati isteri ataupun ibu, jika itulah yang terbaik di sini agama.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi hasil penulisan dari saudara Mohd Fhais di laman facebooknya tentang isu mak atau isteri, yang mana lebih penting.

Mari baca penjelasan ini dan semoga bermanfaat.

Gambar hiasan

Mak & Isteri Sama Penting Sama Sayang

Bila ada masalah antara mak dan isteri mesti orang akan cakap, mak ada satu je tapi isteri boleh cari ganti jadi utamakan mak lah.

Mak beri kehidupan pada kita, tapi isteri beri kita MAKNA kehidupan..

Betul dan tepat mak ada satu, tapi tak bermakna isteri yang kita sunting dari ibu bapanya boleh diganti sesuka hati. Mak wajib kita taat tapi berdosa kalau kita aniaya isteri sendiri.

Isteri adalah amanah, mak pula kewajiban kita sebagai anak. Dua-dua penting dan wajib di utamakan. Orang lelaki kena bijak dan ada pendirian bila berlaku perselisihan antara mereka. Kena pandang ‘sama berat’ isu antara mak dan isteri. Jangan berat sebelah pihak.

Masalah rumahtangga selesai baik-baik suami isteri, jangan libatkan mak ayah, lagi tak boleh kalau adik beradik atau ipar duai campur tangan. Memang tambah keruh jadinya nanti..

Walaupun hakikatnya talian darah dengan ibu tak akan putus bawa sampai mati tapi itu bukan lesen untuk kita buat talian ‘akad nikah’ kita dengan isteri di layan macam kertas buruk. Bila suka sign, bila tak suka buang.

Tiada istilah biarkan isteri di aniaya asalkan ibu tidak terluka. Isteri pun ada hati dan perasaan, isteri juga ibu kepada anak-anak kita. Fikir juga kesan pada anak-anak bila nampak ayah aniaya mak mereka. Situasi yang kita alami sekarang akan berbalik pada kita tau, itu Comfirm!

Percayalah tiada mak yang nak lihat rumahtangga anak lelakinya tak bahagia, biasalah kadang terlepas kata sebab mahu jamin kebahagiaan anak nya. Mungkin cara orang dulu tegur agak kasar tapi niat mereka sentiasa lembut.

Gambar hiasan

Isteri juga seorang ibu mesti faham. Ada naluri yang sama jadi cuba lah bertahan sedikit. Jika terlalu berat untuk di tahan minta bantuan suami. Seorang ibu hanya boleh beri pandangan sahaja, itu pun bila di minta. Campur tangan mak dalam rumahtangga tak akan jernihkan keadaan malah keruhkan lagi.

Suami perlu prihatin bila isteri mengeluh, tidak boleh ambil sikap bersahaja walaupun nampak isteri tersenyum. Dalam hati terluka jika di biar boleh jadi barah yang menghancurkan rumahtangga. Menyesal tak sudah nanti.

Pesan pada anak lelaki, hormati mak dan sayangi isteri baru hidup kita di berkati.

Keluarga adalah ‘Ladang Pahala’ untuk kita, jangan jadikan ia ‘Ladang Dosa’ hanya kerana ego dan pentingkan diri sendiri.

Saya bersyukur kerana ada 2 orang mak dan seorang isteri yang baik dan prihatin

P/s : Sebab inilah saya suka kongsikan tips2 rumahtangga dan parenting di channel telegram saya yang ni 👉t.me/CoretanFhais supaya keluarga kita semua jauh dari musibah.

Sumber:Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar