Siakap Keli
Gambar Hiasan

Benarkah Bentuk Bibir Mempengaruhi Personaliti Seorang Wanita? Ini Penjelasannya

Setiap orang yang dilahirkan di dunia ini mempunyai daya penarik tersendiri terutamanya kaum wanita yang di cipta khas oleh Sang Pencipta dengan ciri-ciri yang menarik.   Lazimnya personaliti seorang wanita lebih terserlah jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini kerana, wanita sering di ukur kecantikan melalui fizikalnya bak kata pepatah dari mata turun ke hati.

Salah satu anggota badan yang dimiliki oleh wanita ialah kecantikan bibir. Ia menjadi titik pandangan utama selain dari mata, hidung dan kening. Bagi seorang wanita kecantikkan pada wajah sangatlah penting dan berkeyakinan yang tinggi  jika dipuji oleh orang tersayang.

Apakah nilai yang ada pada bibir selain yang menampakkan kecantikkan seseorang terserlah? Jom kita ketahui jenis bibir dan sifat seseorang menurut kajian yang dilakukan  pakar pembaca muka.

Sumber : Google
  1. Bibir segar dan kemerahan
  • Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri.
  • Sifat mereka juga terbuka dan periang.
  • Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.
  • Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita. Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.
  • Secara umumnya, wanita ini suka dimanjakan dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan.
  • Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya.
  • Biasanya mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra.
Sumber : Google

2. Bibir pucat kebiru-biruan

  • Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan.
  • Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan.
  • Kata-katanya tidak boleh dipegang.
  • Selalu bersifat ingkar.
  • Cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya.
  • Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangan.
  • Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasi atau mengawalnya
Sumber : tribunnews.com

3. Bibir yang tipis

  • Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Pendek kata perangai masuk air.
  • Anda suka melakukan sesuatu dengan cara sendiri tanpa mempedulikan apa orang lain cakap.
  • Pandai memujuk rayu dan tahu berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingan diri sendiri.
  • Seorang yang mudah mengatasi masalah.
  • Mudah untuk bergaul dengan orang sekeliling.
  • Anda juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangan.
  • Bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.
Sumber : wanista.com

4. Bibir yang mungil

  • Anda bersikap jujur, lemah lembut dam mempunyai gaya yang mendebarkan semua lelaki.
  • Ia selalu ingin perlindungan kerana tidak berani bertindak sendiri dan ragu-ragu.
  • Sifat kebudak-budakan  dan manja.
  • Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya.
  • Seorang yang jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.
  • Anda boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab, namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.
Sumber : Google

5. Bibir yang tebal

  • Jika anda dilahirkan dengan bibir yang tebal seperti Angelina Jolie, anda merupakan seorang yang sering dipenuhi dengan sifat mengasihani dan mengahargai sesebuah hubungan yang terjalin.
  • Obses mendahulukan kerja orang lain daripda kerja sendiri.
  • Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.
  • Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura.
  • Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat.
  • Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia yang disimpannya.
  • Begitu mementingkan kecantikan dan mengabil masa yang lama untuk bersolek.
  • Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap boros.
  • Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak.
  • Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

6. Bibir sentiasa terbuka

  • Jika bibir anda seperti ini persis Taylor Swift dan Rihanna.
  • Seorang wanita yang kreatif, bijak berkomunikasi serta memiliki pemikiran yang tajam.
  • Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan.
  • Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya.
  • Optimis dan bermatlamat.
  • Anda juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintai.
  • Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajati dalam perhubungan.
  • Anda seorang yang pandai merangsang pasangan dengan gaya pesona yang hebat dan erotik serta pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

Bibir kita merupakan sebahagian daripada kecantikan wajah kita dan lebih lagi ada sains yang memberitahu bentuk bibir boleh mendedahkan tentang diri anda. Oleh itu, kita harus jadi diri sendiri kerana setiap wanita itu ada kecantikkan tersendiri.

 

 

 

Sumber :

  1. http://www.sentiasapanas.com/2016/06/ketahui-rahsia-bentuk-bibir-wanita.html#axzz5SpwxU6Fw 
  2. http://www.ghafla.com/gh/7-types-of-lips-and-the-personality-traits-they-reveal-whats-yours/ 
  3. http://www.tribunnews.com/lifestyle/2017/04/19/10-bentuk-bibir-dan-karakteristik-pemiliknya-kamu-yang-mana?page=3
  4. https://www.wanista.com/2017/138041/apa-bentuk-bibir-kata-tentang-diri-kamu/

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang