Siakap Keli
Gambar Hiasan

Cantik Bila Di Pandang, Anda Mungkin Terkejut Dengan Nilai Harga Bunga Termahal Dunia

Bunga adalah hiasan semulajadi yang paling cantik di cipta dalam dunia ini dan menjadi aroma tarikan pada manusia. Bunga diibaratkan seperti wanita kerana cantik dan sedap mata memandang.

Keindahan bunga tidak ternilai dan dikagumi ramai, bahkan menjadi simbol dalam percintaan. Emosi seseorang wanita akan berubah apabila kesayangan mula hulurkan bunga kepada mereka.

Keindahan bunga ini datang daripada pelbagai benuk, saiz dan warna. Namun pernahkah anda menilai bunga itu dengan harga? Selalunya anda hanya tahu harga orkid paling mahal, tetapi akan tidak tahu bunga lain juga memiliki harga yang tersendiri.

  • Lisianthus

Eustoma grandiflorum, lebih dikenali sebagai Lisianthus, adalah bunga yang mekar setiap tahun. Ianya tumbuh secara semulajadi di kawasan panas di Amerika Selatan Selatan, Mexico, Caribbean dan Amerika Selatan utara. Pelbagai warna  yang ada seperti ungu, putih, lavender, dan biru biru.

Harga untuk setangkai berjumlah $4 bersamaan RM16.70.

  • Saffron 

Terkenal kerana kedudukan harganya sangat tinggi dari harga gram emas. Stigma cerah yang berwarna merah terang digunakan dalam rempah masakan di seluruh dunia. Hal ini telah menjadikan harga bunga ini agak bernilai.

Harganya mencecah RM 4,000 untuk satu kilogram bunga.

  •  Tulip

 

Pada abad ke 17 Belanda, tulip ini menjadi bunga yang diminati ramai kerana bergaya bagi orang wanita Belanda dan dihormati ramai. Bunga ini menjadi simbol masyarakat pada waktu itu. Pada waktu itu, bunga ini dijual dengan harga $ 5,700 bersamaan RM 23,783 dan sehingga kini masih lagi menjadi bunga termahal dunia.

  •  Gold of Kinabalu

Tumbuhan ini apabila dilihat seperti aneh dan mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran.  Orkid ini hanya terdapat di Kinabalu, Malaysia pada bulan April dan Mei. Harga untuk bunga ini mencecah RM 25,000.

  • Juliet Rose

Buat pertama kalinya anda melihat bunga ros yang paling mahal harganya. Warnanya hanya satu warna sahaja iaitu peach pucat yang sangat elegan dan memukau semua orang di dunia ini.  Rupanya yang cantik dan anggun membuatkan harga jualannya berjumlah $ 15.8 juta bersamaan RM 65.9 juta. Inilah bunga yang paling mahal di dunia,

  • Kadupul

Bunga ini akan tumbuh pada kaktus dan tersangatlah unik atau lebih dekat ‘rare’.  Ia hanya mekar pada waktu malam dan kemudianakan mati pada keesokan harinya. Bunga ini tidak boleh dipotong kerana mempunyai jangka hayat yang pendek dan jika dipotong ianya akan memberi impak negatif kepada bunga tersebut. Oleh itu, bunga ini tidak ternilai harganya dengan keunikan yang ada. Keistimewaan bunga ini merupakan salah satu inspirasi bunga terwangi dunia.

Sumber:

  1. https://www.serenataflowers.com/pollennation/7-expensive-flowers-world/
  2. https://www.wonderslist.com/wp-content/uploads/2015/10/Kadupul-Flower.jpg
  3. https://moneyinc.com/10-expensive-flowers-world/

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang