Siakap Keli

“Gaji Saya Tuhan Bayar RM50,000,” Uncle Kentang Terkejut Seorang Lelaki Di Masjid Serah Cek RM50 Ribu

Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang? Kuan Chee Heng seorang aktivis sosial terkenal dengan aktiviti sukarela melakukan kerja kebajikan demi untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama.

Pelbagai usaha dilakukan sebelum ini antaranya menyediakan kemudahan ambulan, teksi serta menjual barang-barang makanan dengan caj yang dikenakan serendah 10 sen semata-mata untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Terbaru, Uncle Kentang berkongsi di laman Facebook miliknya betapa beliau terkejut dan bersyukur kerana diberikan sebuah van daripada insan yang tidak dikenali.

Dana van tersebut digunakan untuk melakukan kerja amal selain melengkapi kemudahan van yang sudah sedia ada.  Mari baca perkongsian beliau.

GAJI SAYA TUHAN BAYAR RM 50,000. 6/11/2018.

Saya terkejut.

Saya pergi bantu hantar Jenazah ke Pontian. I berada di Masjid Kuning Kota Damansara.

Semasa saya berada di perkarangan masjid, satu lelaki Melayu telah approach saya. You uncle Kuan. You nak cari dana untuk beli Van Jenazah. I jawab. Ya. Ok my company will sponsor your van RM 50,000. Saya terkejut. Saya ucap terima kasih. I tak kenal dia. Dia kenal saya. Dia beri kad perniagaan nya. Beliau pun beredar dan suruh saya buat surat dan dia prepare cek untuk saya.

Rupa rupa nya, company dia punya boss adalah orang terkemuka di Malaysia dan antara yang kaya.

Kaya duit bukan kaya,kaya dengan hati yang hebat, itu lah kaya.

TERIMA KASIH, KERJA AMAL SAYA TUHAN BAYAR CASH RM 50,000 SECARA SUMBANGAN

Nur Farra