Siakap Keli

Harumkan Nama Negara Juarai Ninja Challenge League Di Perth, Tiada Penaja Mat Redho Terpaksa Pecah Tabung?

Ramai yang sudah mengenali dengan pemuda ini, iaitu Mohd Redha Rozlan, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Redho, yang tular pada tahun lalu.

Yang mana pada bulan Ogos 2016 yang lalu, video yang memaparkan Mat Redho di dalam sebuah rancangan popular di Jepun iaitu Ninja Warrior, telah membuatkan rakyat Malaysia teruja, akan kemunculannya di dalam Sasuke Viet Nam (Ninja Warrior versi Vietnam) di Vietnam.

Tahun ini, sekali lagi Mat Redho mengharumkan nama negara selepas berjaya menjadi juara dalam Ninja Challenge League (NCL) 2018, di Perth, Australia.

Membanggakan apabila beliau dapat menghabiskan kesemua halangan dalam masa 5 minit 13 saat sahaja!

Kemenangan Mat Redho sekali gus mengalahkan Jake Murray yang berada di tempat kedua dengan perbezaan masa 10 saat.

Selain itu, program ini menyaksikan Mat Redho merupakan satu-satunya peserta yang berjaya membolosi kesemua cabaran peringkat akhir menewaskan kesemua pesaing yang bertanding.

Cayalah!

Walau bagaimanapun, dalam salah satu posting miliknya di Instagram, Mat Redho memberitahu bahawa dirinya terpaksa ‘pecah tabung’ untuk menghadiri kejuaraan itu.  Selain itu, Mat Redho turut menggunakan hashtag #menagis #pengemis di beberapa posting miliknya yang lain.

Nur Farra