Siakap Keli

Hina Ke Dilahirkan Dengan Kulit Gelap? Fakta-Fakta Dibawah Mungkin Membuat Anda Berfikir Semula

Soal kulit gelap dan cerah sebenarnya bersifat universal. Tanyalah pada mereka yang berkulit pudar atau terlampau putih, pasti mahukan kulit yang sedikit gelapa dan begitulah sebaliknya.

Namun dalam budaya masyarakat dimana ‘putih’ menjadi simbol kebaikkan manakala ‘hitam’ diangkat sebagai subjek jahat, dikriminasi terhadap orang yang mempunyai kulit gelap tidak boleh dielak.

Anda boleh bertanya kepada rakan-rakan di sekeliling yang mempunyai kulit gelap sama ada pernah dihina atau warna kulit menjadi bahan jenaka orang lain, jawapannya pasti ya.

Jadi timbul persoalan, hina sangat ke orang berkulit gelap? Adakah berkulit gelap membuatkan anda menjadi manusia kelas kedua dan boleh dipandang rendah? Tidak adakah kebaikkannya dengan memiliki gelap?

Bergembiralah anda semua yang memiliki kulit gelap kerana dari sudut sains dan perubatan, warna kulit gelap adalah satu rahmat.

Kulit yang gelap sebenarnya dapat beradaptasi dengan cahaya matahari lebih baik dan ini sangat-sanagat memberi manfaat buat anda sekiranya lahir di tanah yang sentiasa disimbahi cahaya matahari, macam Malaysia.

Punca kepada kulit lebih gelap ini adalah kerana kulit anda mempunyai lebih banyak melanin, iaitu pigmen kulit. Rumusnya mudah, semakin tinggi melanin pada kulit, semakin gelap kulit dan semakin selamat lah kesihatan kulit muka anda.

Dengan dibantu oleh pelbagai faktor lain, melanin bertindak seolah-olah seperti ‘payung semula jadi’ yang dapat menghalang radiasi berbahaya akibat pendedahan cayaha matahari daripada memasuki kulit.

Antara kebaikkan kebaikkan lain adalah seperti di bawah :

a) Lebih terlindung daripada ‘sunburn’

Mereka yang memiliki kulit lebih cerah sering berhadapan masalah apabila terdedah kepada cahaya matahari, sama ada terasa sakit dan pedih atau menjadi kemerah-merahan.

Malah, dalam kes-kes tertentu ada yang terpaksa menggunakan produk tertentu atau mendapatkan rawatan klinikal bagi mengatasi masalah berkenaan.

Dengan kulit yang lebih gelap, ia membolehkan anda untuk berada di bawah cahaya matahari untuk tempoh yang lebih lama tanpa sebarang masalah.

b) Tanda-tanda penuaan tidak kelihatan jelas

Kulit muka yang kusam dan pudar, wajah berbelang-belang, sel darah yang lebih jelas kelihatan ataupun kulit pecah terutama bagi mereka yang aktif bersukan adalah masalah biasa bagi mereka yang berkulit cerah. Usia masih muda, tetapi seringkali kelihatan lebih tua.

Keadaan ini juga ada kaitan dengan pendedahan terhadap cahaya matahari. Malah, kulit anda yang lebih gelap kekal licin walaupun mendapat pendedahan cahaya matahari pada kuantiti yang sama dengan mereka yang berkulit lebih cerah.

c) Lebih selamat daripada kanser kulit

Tanpa melanin, kulit anda seperti satu plastik lutcahaya yang membenarkan cahaya matahari menembusi kulit anda sehinggalah kepada lapisan paling bawah dan merosakkan DNA.

Radiasi sinar UV yang berbahaya ini boleh menyebabkan kulit anda bermutasi dan menyebabkan berlakunya kanser, sesetengahnya sehingga tahap membunuh.

Anda yang berkulit gelap sememangnya sangat beruntung kerana mempunyai ‘payung semula jadi’ yang bertindak secara efektif menghalang sinaran UV berbahaya daripada menembusi kulit sekaligus mengurangkan kerosakkan yang berlaku pada sel di pelbagai lapisan kulit.

Tapi tidaklah bermakna anda tidak perlu membuat pemeriksaan kesihatan. Sekiranya anda mengesan perubahan ketara pada kulit, sesuatu yang luar biasa, berkunjunglah segera ke hospital berdekatan ok.

Walaupun begitu, ada juga kekurangannya jika anda merupakan seorang yang berkulit gelap. Disebabkan kulit anda efektif menghalang cahaya matahari, ia bermakna pada masa yang sama berisiko mengalami masalah kekurangan Vitamin D. Cahaya matahari diperlukan untuk membekalkan Vitamin D. Jika anda mempunyai kulit yang lebih gelap, anda boleh berjumpa dengan Dermatologist untuk mendapatkan pandangan.

Apapun, anda seharusnya merasa bersyukur sekiranya mempunyai kulit yang lebih gelap kerana percayalah, Tuhan tidak menciptakan sesuatu hanya untuk disia-siakan. Elak daripada menggunakan produk mencerahkan kulit yang berbahaya, apatah lagi jika menggunakan produk-produk yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Sumber : Practo.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.