Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kandungan Gula Dalam Minuman Probiotik Lebih Tinggi Daripada Air Bergas?

Semua orang sudah tentu tahu bahawa kandungan gula yang tinggi dalam badan tidak baik untuk kesihatan. Bukan sahaja boleh mnyebabkan berat badan bertambah, gula yang tinggi boleh menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan masalah kencing manis.

Jika anda kenal ataupun ada saudara tersendiri yang menghidap penyakit tersebut, anda mungkin sudah mendapat sedikit gambaran bertapa tersiksanya jika anda juga ada masalah kesihatan yang sama.

Semuanya berpunca daripada faktor pemakanan dan kurangnya anda melakukan aktiviti fizikal setiap hari. Tapi yang menjadi masalah, sesetengah produk makanan atau minuman, seperti produk probiotik diiklankan sebagai produk yang memberikan kebaikkan kepada kesihatan diri.

Seperti yang dijelaskan oleh Public Health Malaysia, anda perlu memikirkannya kembali. Tahukah anda, bahawa produk probiotik sebenarnya mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi berbanding minuman bikarbonat ataupun minuman segera yang lain seperti Coca-cola.

Terkejut bukan? Jom baca perkongsian yang dibuat oleh Public Health Malaysia di bawah.

Sekiranya anda ada stok minuman probiotik di rumah, sila lihat kandungan gula yang terdapat dalam setiap botol sekarang,

1. Siapa sangka minuman kegemaran anak anak ini mengandungi kandungan gula yang cukup TINGGI!

2. Kami melakukan perbandingan terhadap beberapa jenama minuman probiotik terkenal di Malaysia, ada yang mengandungi gula setinggi 18.3 g per 100ml.

Sebagai perbandingan, Coca Cola mengandungi 10.6 g gula bagi setiap 100ml

Adakah anda masih mahu memberi anak anak minuman yang tinggi gula?

Lakukan perbandingan. Pilihan di tangan anda.

Sumber : Public Health Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.