Siakap Keli
Gambar Hiasan

Penjagaan Kulit Kepala Bukan Sukar Tetapi Tidak Mudah Jika Tidak Tahu Penyelesaiannya

Rambut merupakan mahkota perhiasan untuk wanita. Ia menjadi satu lambang kejelitaan setiap wanita yang tidak bertudung mahupun bertudung. Walaupun bertudung, rambut menceriakan dan memainkan peranan dalam menentukan mood wanita seharian.

Rambut yang cantik sentiasa menjadi pujaan ramai orang yang melihat dan menjadikan seseorang itu bertambah yakin. Penjagaan yang tertib membuatkan rambut kelihatan sihat dan subur.

Bagaimana pula bagi seorang wanita yang mengalami masalah kelemumur dan rambut gugur? Adakah mereka akan rasa tidak yakin? Ya sememangnya bagi seseorang yang mengalami kelumumur tidak kira jantina lelaki atau perempuan pasti akan berasa tidak keruan walaupun sehari.

Penjagaannya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak.

Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Sumber Google

Mitos yang tidak sihat untuk kulit kepala berkelumumur

  1.  Kelemumur Terjadi Kerana Kulit Kepala Kering

Kebenaran : Kulit kepala kering bukanlah penyebab utama kelumumur tumbuh pada kepala, tetapi akibat kulit kepala berminyak. Miyak yang keluar dari kepala itu menyebakan kulit kepala berkelumumur dan gatal.

2. Cuci Kepala Dengan Kuku

Kebenaran: Mitos ini sama sekali salah kerana cara mencuci dengan betul ialah menggunakan hujung jari bukan kuku. Jika di syampu sambil menggaru, ia sebenarnya tidak memebuatkan akar rambut anda bersih malah akan berlaku iritasi, akar rambut menjadi lemak dan seterusnya akan mengalami keguguran.

3. Guna Minyak Untuk Lembabkan Rambut dan Kulit Kepala

Kebenaran : Kelemumur terjadi kerana kulit kepala terlalu berminyak! Jadi elak menyapu minyak pada kulit kepala dan jika mahu melembabkan rambut sekalipun, sapu sahaja dari bahagian tengah rambut hingga ke bawah tanpa terkena kulit kepala dan pangkal rambut.

4. Perapi Rambut (Conditioner) Perlu Disapu Dari Akar Rambut 

Kebenaran : Kulit kepala sedikit pun tidak memerlukan perapi rambut. Fungsi conditioner atau perapi rambut adalah diformulasikan untuk rambut. Sebaiknya elak kulit kepala terkena dan sapu sahaja ia pada bahagian tengah rambut hingga ke penghujungnya.

5. Kurangkan Mencuci Rambut Kalau Tak Mahu Masalah Kelemumur Jadi Lagi Teruk

Kebenaran: Saban hari kepala akan menghasilkan minyak dan peluh menyebabkan akar rambut semakin lemah lalu menyebabkan masalah kelemumur dan rambut gugur semakin menjadi-jadi. Jika anda berlemumur, cuci rambut sekerap mungkin (selang sehari) untuk pastikan kulit kepala sentiasa bersih dna kotoran tidak terkumpul pada permukaan kulit kepala.

 

Sumber Google 

5 Cara Semulajadi Untuk Kurangkan Kelumumur

  1. Air Putih

Jika seseorang yang kurang minum air menyebabkan kulit kepala kering dan badan kita akan kekurangan air. Air putih sangat penting untuk kehidupan seharian kerana ia dapat membantu kesihatan kita terjamin.

2. Minyak Kelapa

Kepentingan minyak kelapa mengandungi asid lemak rantaian sederhana, termasuk asid laurik dan asid kaprik, ia mempunyai antiviral yang kuat, sifat antimikrob dan antijamur. Ciri-ciri ini membantu sasaran dan membunuh kulat dan mana-mana virus atau bakteria yang mungkin wujud.

3. Aloe Vera (lidah buaya)

Dikenali untuk menenangkan dan membantu menyembuhkan kulit yang teriritasi. Pakar dermatologi New York, Michele Green, MD, menyatakan bahawa dalam kajian kecil, lidah buaya mengalirkan gatal dan kulit bersisik pada orang dengan dermatitis seborrheic, keadaan kulit yang lebih teruk yang boleh menyebabkan kelemumur.

4. Bersantai (relax)

Hindarikan daripada berlaku kemurungan, kecemasan dan tekanan kerana ia juga mempengaruhi kulit kepala kita. Cubalah untuk memberi perhatian kepada perubahan kulit. Anda boleh mencuba aktiviti seperti yoga, berjalan kaki dan terapi urutan.

5.  Omega-3s 

Sumber : google

Tambah makanan omega-3 ke dalam diet anda seperti dari salmon segar. Omega 3s dapat membantu memberikan penghidratan yang sangat diperlukan untuk kulit anda kerana ia boleh mengurangkan kelemumur.

Di samping itu, kekurangan vitamin, mineral dan nutrien lain yang terdapat dalam omega 3s boleh meningkatkan risiko mendapatkan kelemumur. Minyak ikan mungkin berfungsi sebagai ubat kulit kepala yang kering untuk kulit dan rambut yang sihat untuk memerangi kelemumur.

 

Sumber :

  1. https://draxe.com/how-to-get-rid-of-dandruff/
  2. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130609/kn_01/Kenali-punca-kelemumur
  3. https://shampoosantanmalaysia.com/bagaimana-rambut-kelemumur-berlaku-cara-mengatasinya/
  4. https://bukanaku.com/kecantikan/7709/cara-hilangkan-kelemumur-secara-semulajadi/
  5. https://www.adorebeauty.com.au/scalp-care/guide/recurrent-dandruff

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang