Tahukah anda sisa makanan berlebihan boleh dikitar semula dan menghasilkan baja organik?
Cuba bayangkan berapa banyak ruang kita boleh jimatkan jika kesemua sisa makanan dikitar semula untuk dijadikan baja kompos.
Statistik menunjukkan satu isi rumah membuang sisa makanan sekitar 215 kilogram setiap tahun dan 45% daripada sisa pepejal yang dibuang setiap hari terdiri daripada sisa makanan.
Seorang pengguna Facebook, Syarifah Ezdiani, berkongsi cara membendung masalah sisa makanan daripada rumah dengan penggunaan tong sampah Bokashi yang membantu mengompos sisa menjadi baja.
Apa itu Bokashi Bin? Jom kita baca perkongsiannya semoga bermanfaat.
Sejak dulu, bila buang sisa makanan atau bahan mentah kat dapur ni, asyik rasa bersalah je. Especially bila masak banyak-banyak untuk catering. Infact, masak 2 loyang serimuka je dah ada waste 8 kulit telur, hampas 20 helai daun pandan. Buang terus dalam tong sampah, sangatlah tak ‘green’nya. So, cuba la kumpul semua sisa makanan dalam seminggu, kemudian tanam terus kat laman belakang. Tapi by the time nak tanam tu… aduhai bau tak tahan. Lagi satu lepas tanam, at least nak kena tunggu sebulan sebelum jadi baja betul2. Terasa renyah prosesnya.

Air yg keluar dari paip tu dipanggil ‘Bokashi tea’. Dah boleh tadah bermula hari ke-3 Bokashi bin ni digunakan. Warna Bokashi tea berbeza mengikut jenis makanan yg kita isi. Bokashi tea ni dah kaya dengan nutrien. Kena tambah dengan beberapa liter air (ratio tea:air ada diberikan dalam leaflet) untuk disiram pada pokok2 kat garden dan indoor plants.
Pastu nampak Hanisah Azhari share pasal Bokashi bin dia. Terus teruja nak cuba. Google video teknik bokashi ni, baca review tong2 bokashi… Kumpul semangat.
Sukanya dapat guna indoor composter ni! Senang sangat. Setiap malam, masukkan sisa makanan untuk hari tu dalam bin ni, spray dengan liquid atau tabur bokashi bran, padatkan dan tutup. Takde bau busuk sampah… hanya bau masam/manis macam pickle dari proses fermentation. Dah penuh tong ni nanti, boleh biarkan selama 2 minggu supaya semua lapisan ready nak digunakan sebagai baja. Sebab tu ideal ada 2 bokashi bin ni.

Dari hari pertama isi tong ni lagi, setiap 2 hari, drain air dari paip tong ni. Air ni dipanggil Bokashi tea. Kemudian tambah beberapa liter air ikut arahan dekat manual tu, dan boleh guna terus untuk garden.
Semoga semangat untuk berkebun pulak datang lepas ni. Dan buah epal depan rumah masak ranum tak terbantut lagi


Saya bukak sekali je bin ni dalam sehari – waktu malam bila dah settle kemas dapur. Saya ada letak satu bekas kecil untuk kumpul sisa makanan di tepi sinki dapur. Bagitau anak2, bekas tu untuk food waste sahaja. Jadi, mereka tahu plastik makanan, dan barang2 non-recyclable lain kat tong sampah lain.

Esok kita masuk lagi satu layer.
Nota tambahan:
Ramai yg bertanya saya beli di mana dan berapa harga Bokashi bin saya ni. Memandangkan saya menetap di New Zealand, saya order online sahaja di TradeMe (di Bunnings pun ada). Harganya bersamaan dengan RM150 . Kalau nak design berwarna hitam-hijau begini, boleh cari 18L Indoor Composter Maze https://www.mazeproducts.com.au/. Kalau di Malaysia, di Lazada pun ada tapi mungkin brand/design berbeza ya.
Di sini saya share perkongsian awal Hanisah:
https://siraplimau.com/cara-membuat-baja-kompos-bokashi/
Beliau ada share harga yg beliau dapatkan dari Weimar Biotech.
Harga set bin + 1 pack Bokashi Powder = RM 179 (starter pack)
Harga Bokashi Powder sahaja = 1 pek RM 18 (1kg) -tahan dalam sebulan gitu
http://www.weimarbiotech.com/web/bokashi.php?select=4
Sumber: Syarifah Ezdiani