Siakap Keli
Gambar Hiasan

Topeng Yang Dihasilkan Dianggap ‘Bernyawa’ Bagi Orang Asli Suku Mah Meri

Di Malaysia terdiri pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India dan kaum etnik Sabah dan Sarawak yang mempunyai keunikan budaya dan kesenian. Tahukah anda tentang kaum orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia khususnya pada negeri Selangor? Kaum orang Asli ini ialah Suku Mah Meri.

Terdapat tiga jenis kumpulan suku Mah Meri iaitu Negrito, Senoi dan Proto Melayu.

Negrito dipercayai paling tertua di Malaysia. Mereka berkulit gelap dan pendek yang mempunyai ciri-ciri Afrika yang berbeza dan mungkin berasal dari Afrika sekita 25 000 tahun yang lalu.

Senoi pula terdapat di bahagian tengah semenanjung, dipercayai berasal dari Yunnan melalui selatan Thailand sekitar 10,000 tahun yang lalu.

Selain itu, Proto Melayu yang tinggal di selatan pada asalnya adalah pelaut dan tiba di Malaysia dalam beberapa gelombang dari sekitar 2500 hingga 1500 M.

Dalam konteks ini, orang Mah Meri berasal daripada kumpulan Senoi. Pada asalnya adalah pengembara perahu yang mula menetap di pulau-pulau di Pantai Barat Thailand dan berpindah ke Pulau Carey di Kuala Langat, Selangor sejak 300 tahun yang lalu.

Dalam hal yang demikian, terdapat lima perkampungan Mah Meri dengan penduduk berjumlah 4000 orang yang tinggal di pulau itu. Kampung budaya terletak di pulau berhampiran dengan laut. Mah Meri bermaksud ‘Orang Hutan’ walaupun asalnya daripada pelaut.

Mah Meri masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang atau anismisme. Pada mereka kuasa tertinggi ialah Tuhan dan kedua tertinggi ialah nenek moyang mereka iaitu roh datuk nenek dan pelbagai jenis hantu serta makhluk halus lain sama ada yang membawa kebaikan mahupun keburukan.

Topeng dan Mah Meri

Mereka menggunakan topeng sebagai semangat untuk roh nenek moyang mereka. Ukiran kayu menghasilkan pelbagai bentuk muka supaya semngat-semangat makluk halus akan mendiami ukiran-ukiran mereka.

Topeng dalam kehidupan Orang Asli khususnya etnik Mah Meri dari Pulau Carey boleh diibaratkan umpama ‘nyawa’ mereka kerana digunakan dalam pelbagai istiadat termasuklah penyembahan, merawat pesakit dan menolak bala.

Ramai di antara mereka yang kreatif mengukir patung-patung yang diperbuat daripada kayu. Ukiran mereka berbentuk dewa-dewi, manusia, alam flora dan fauna. Objek yang cukup menghiburkan ialah patung anak kera yang bergayut pada emaknya. Kesemua patung ini mendapat pengiktirafan daripada UNESCO.

Kaum ini bukan sahaja popular dengan hasil ukiran kayu malah mereka juga terkenal dengan tarian tradisi dan mendapat perhatian daripada pelancong luar. Salah satu tarian kaum ini ialah tarian topeng yang digelar sebagai Mayin Jo-Oh dipersembahkan untuk menjemputkan roh-roh nenek moyang mereka untuk datang turut serta dalam temasya tersebut.

Dalam tarian ini mempunyai dua orang lelaki memakai topeng sebagai Tok Pongkol dan Tok Nani yang membawa identiti diri mereka tersendiri dengan gerak isyarakat mengaitkan sesuatu peristiwa.

Penari-penari perempuan pula akan memakai skirt  dan hiasan kepala yang dibuat dari anyaman daun mengkuang. Para penari perempuan ini akan menari dengan gerakan lawan arah jam di sekitar sebuah bukit Gili, dipanggil Busut.

Tarian ini disempurnakan dengan lagu yang dinyanyikan oleh salah seorang pemain muzik mereka dan muzik pula dihasilkan dari peralatan tuntog (buluh), Jule (viola), tambo (gendang dua muka) dan a-tawa (gong tembaga).

Sehingga hari ini topeng menjadi simbol penting dalam masyarakat Mah Meri, walaupun ia perlahan-lahan turut dikomersialkan sebagai produk kraf tangan.

Sumber:

  1. http://www.projektravel.com/2016/12/tarian-dan-budaya-orang-asli-mah-meri.html
  2. http://www.malaysia-insights.com/life-and-culture-of-the-mah-meri-tribe/
  3. https://www.academia.edu/22376848/Asal-usul_Mah_Meri
  4. https://obendon.com/2017/02/01/kampung-mistis-mah-meri/

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang