Siakap Keli

(Video) Dibuang Bapa Ke Dalam Gaung, Bayi ‘Ajaib’ Terselamat Selepas 12 Jam Tersangkut Pada Dahan

Beijing: Seorang lelaki di China melepaskan rasa kecewanya kerana tidak mendapat anak lelaki dengan menghumban anak perempuannya yang baru lahir ke dalam gaung di tepi lebuhraya.

Bayi yang baru lahir kira-kira enam jam itu ‘diculik’ oleh bapanya sendiri di sebuah hospital di Gaozhou dekat daerah Guangdong sebelum di masukkan ke dalam guni dan dicampak ke kawasan hutan.

Bagaimanapun, bayi perempuan itu disahkan selamat selepas tersangkut pada rimbunan dahan selama 12 jam sebelum di selamatkan oleh pasukan penyelamat.

Kehilangan bayi itu disedari oleh seorang doktor di Pusat Kesihatan Magui sebelum melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa tempatan.

Sewaktu menjalankan siasatan, polis mula mengesyaki bapa kepada bayi perempuan tersebut.

Lelaki itu akhirnya mengaku mencampak anaknya dari tebing kerana kecewa hasratnya mahu mendapatkan anak lelaki gagal selain bebanan kewangan semakin membelenggu dirinya.

Proses pencarian di kawasan cerun dan tebing itu berjaya menemui bayi itu selepas pihak penyelamat terdengar suara tangisan bayi kira-kira 100 kaki dari bawah tebing.

Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang jururawat mengeluarkan bayi itu dari dalam guni dimuat naik dan menjadi perhatian warga netizen.

Suspek yang juga bapa kandung kepada bayi itu kini di bawah siasatan polis.

Bayi perempuan tersebut kini semakin sihat dan berada dibawah jagaan ibunya.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar