Siakap Keli

Bill Gates Umum Revolusi Tandas Tanpa Air Menjelang 2020

Jutawan dan dermawan terkenal dunia, Bill Gates mengumumkan Selasa lalu dengan ciptaan tandas futuristik yang tidak memerlukan air atau pembentung.  Inovasi itu turut menggunakan bahan kimia bagi menukarkan najis manusia kepada baja.

Pengumuman itu dibuat semasa ‘Ekspo Cipta Semula Tandas’ yang dijalankan selama 3 hari sejak Selasa lalu.

Menurutnya, tandas tersebut berfungsi memisahkan sisa cecair dan pepejal, sebaliknya tandas yang ada sekarang memerlukan sisa di hantar ke dalam air.

Inovasi terbaru itu merupakan gagasan projek penyelidikan yang dibiaya oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates serta sudah sedia untuk dijual setelah proses penyelidikan dan pembangunan bertahun-tahun.

Projek ini dikatakan melibatkan pelaburan sebanyak RM832 juta.  Perbandingan terhadap perubahan tandas tradisional kepada model tanpa air ini dibuat sama seperti bagaimana beliau menyelidik pengkomputeran zaman menubuhkan Microsoft pada pertengahan 1970-an.

Revolusi ini akan menaik taraf 64,000 tandas awam menjelang tahun 2020 bagi membantu meningkatkan pertumbuhan pelancongan dan ekonomi.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra