Siakap Keli

Kotak Hitam Dedah Lion Air Ada Masalah Sejak 4 Penerbangan Terakhir

Data dari salah satu kotak hitam yang ditemui daripada pesawat Lion Air terhempas Isnin lalu telah mendedahkan pesawat itu mengalami masalah dengan penunjuk arah udara pada 4 penerbangan terakhirnya.

Pesawat Boeing tersebut menjunam di laut pantai Jawa Barat tiga belas minit selepas berlepas pada 29 Oktober dan membunuh kesemua 189 anak kapal. Kemalangan itu merupakan bencana penerbangan terburuk di Indonesia dalam lebih daripada dua dekad.

Ketua Komiti Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT), Soerjanto Tjahjono berkata, pesawat Boeing 737 Max mengalami masalah yang sama pada 4 route terakhirnya.

“Apabila kami membuka kotak hitam, memang salah teknikal adalah kelajuan udara atau kelajuan pesawat.

“Data dari kotak hitam menunjukkan bahawa 2 penerbangan sebelum Denpasar – Jakarta juga mengalami masalah yang sama.

“Di dalam kotak hitam terdapat 4 penerbangan yang mengalami masalah dengan penunjuk arah udara.

Ditanya mengapa pesawat tersebut turun dari 39,000 kaki ke 30,000 kaki dari Manado ke Denpasar pada 27 Oktober yang bertentangan dengan pola penerbangan biasa, beliau menjawab, “Kami mengambil masa membetulkan masalah yang berlaku di Manado ke Denpasar. Kami ganti bahagian yang disyaki bermasalah oleh jurutera.

“Saya fikir masalahnya berpunca daripada sudut serangan yang mengawal kestabilan pesawat.”

Gerry Soejatman, Penganalisi Penerbangan mengakui kedua-dua masalah yang dijelaskan. Beliau turut menambah, “Dengan semua apa yang sudah berlaku dan selepas beberapa hari menganalisa, masalah ini tidak hanya terhad kepada petunjuk kelajuan udara.  Ini mungkin bermakna terdapat isu dengan kotak ADR secara keseluruhan.

“Mungkin ADR itu sendiri yang salah, bukan sensor itu.”

Sumber: The Guardian

Nur Farra